{"id":109153,"date":"2026-08-20T23:25:22","date_gmt":"2026-08-20T15:25:22","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=109153"},"modified":"2026-08-20T23:48:53","modified_gmt":"2026-08-20T15:48:53","slug":"prn-melaka-dijangka-selepas-oktober-mungkin-pru-serentak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/prn-melaka-dijangka-selepas-oktober-mungkin-pru-serentak\/","title":{"rendered":"PRN Melaka Dijangka Selepas Oktober, Mungkin PRU Serentak"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU\u2014 Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diadakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadual berlangsung pada 14 dan 15 Oktober ini, dengan pilihan raya berkemungkinan berlangsung pada awal atau pertengahan November.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan tempoh hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang akan berakhir pada 26 Disember 2026, sebelum terbubar secara automatik pada 27 Disember sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.<\/p>\n<p>Beliau berkata, berdasarkan perkiraan politik semasa, pembubaran DUN Melaka paling munasabah berlaku selepas 14 dan 15 Oktober, iaitu ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja dijadual berlangsung di negeri berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cYang paling terdekat dan paling munasabah ialah pilihan raya Melaka,\u201d jelasnya ketika merasmikan  Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kemaman, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Ahmad Samsuri berkata, sekiranya DUN Melaka dibubarkan pada tempoh berkenaan, pilihan raya negeri itu dijangka berlangsung sama ada pada awal atau pertengahan November.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu masih berupa jangkaan kerana DUN Melaka belum dibubarkan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau turut tidak menolak kemungkinan berlaku pembubaran secara serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya keadaan politik di peringkat Persekutuan memerlukan pilihan raya diadakan pada tempoh sama.<\/p>\n<p>\u201cKalau keadaan yang sangat terdesak kepada kerajaan yang ada di peringkat pusat, mungkin akan berlaku pembubaran serentak pada waktu itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata PAS sudah mula menggerakkan jentera pilihan raya lebih awal walaupun Parlimen masih belum dibubarkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, persiapan awal penting bagi memastikan jentera parti lebih tersusun, termasuk mengenal pasti lokaliti dan kelompok pengundi serta mendekati pengundi kali pertama, wanita, pekerja industri, peniaga kecil, nelayan, petani, penjawat awam dan golongan profesional.<\/p>\n<p>\u201cYang sudah bersama kita, kita terus pelihara. Yang masih ragu-ragu kita dekati dan berikan keyakinan kepada mereka. Yang tidak bersama kita tentunya ada. Jangan musuhi mereka. Tunjukkan akhlak kita yang terbaik kepada mereka.<\/p>\n<p>\u201cKerana tugas politik kita bukan sekadar mencari orang yang sudah bersetuju dengan kita. Tugas kita juga ialah meyakinkan mereka yang belum yakin dengan kita sehingga mereka belum lagi mengundi kita.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga ingin mengingatkan seluruh jentera jangan sekali-kali memandang rendah kepada jentera pihak lawan. Walaupun mungkin pada hari ini, pada saat ini kita belum nampak lagi kelibat mereka. Kita perhatikan daripada Daerah Besut sampai ke Kemaman.<\/p>\n<p>\u201cKelibat mereka dalam bentuk gerak kerja kepartian masih lagi belum nampak tetapi mereka telah turun bergerak dalam bentuk yang lain membawa nama-nama cadangan bersama dengan individu-individu yang dijangka menjadi calon dalam pilihan raya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan jentera PAS supaya tidak menganggap sokongan pengundi sebagai sesuatu yang kekal kepada mana-mana parti.<\/p>\n<p>\u201cTidak satu undi pun yang ada di kalangan para pengundi yang menjadi hak kekal kepada mana-mana parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Samsuri berkata, perubahan pola pengundian terutama dalam kalangan pengundi kali pertama memerlukan parti terus bekerja mendekati rakyat dan menerangkan perkara yang diperjuangkan serta tawaran untuk masa depan.<\/p>\n<p>\u201cSetiap undi mesti kita usahakan. Setiap hati mesti kita dekati dan setiap kepercayaan mesti kita peliharakan. Dan janganlah kita habiskan masa dan tenaga kita hanya dengan hanya kita menyerang pihak lawan. Memang hari ke hari kita sedar bahawa lawan serang kita hari-hari.<\/p>\n<p>\u201cKepimpinan di peringkat pusat, kepimpinan di peringkat negeri, peringkat kawasan tentulah berdepan dengan serangan hari-hari. Tak apa, itu kerja mereka. Kita terus buat kerja. Lebih penting daripada itu ialah kita menerangkan kepada rakyat apa yang kita perjuangkan, apa yang telah kita lakukan dan apa yang mahu kita lakukan untuk masa depan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam menghadapi pilihan raya akan datang, Ahmad Samsuri turut menggariskan **tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh seluruh jentera PAS di Kemaman**, iaitu menjaga kesatuan, disiplin dan akhlak.<\/p>\n<p>\u201cPertama, jagalah kesatuan kita. Apabila keputusan parti dibuat, hendaklah kita berdiri sebagai satu saf.<\/p>\n<p>\u201cKedua, jaga disiplin kita. Setiap arahan mesti sampai sehingga ke peringkat UDM dan cawangan. Data mesti tepat. Kalau kita ditugaskan menentukan corak pengundi melalui culaan dan sebagainya, kita perlu melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar sambil lewa.<\/p>\n<p>\u201cDan yang ketiga, jaga akhlak kita. Kita boleh berbeza dengan lawan politik kita tetapi jangan hilang adab. Soal mereka, pihak lawan hilang adab, itu soal mereka dan biarlah rakyat menjadi saksi terhadap tindakan mereka yang menyerang pihak lawan secara tidak adil.<\/p>\n<p>\u201cJangan kita wujudkan fitnah, jangan menghina dan jangan jadikan media sosial sebagai tempat kita merosakkan imej perjuangan kita sendiri,\u201d tambah beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU\u2014 Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diadakan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadual berlangsung pada 14 dan 15 Oktober ini, dengan pilihan raya berkemungkinan berlangsung pada awal atau pertengahan November. Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan tempoh hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":109158,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":109158,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2560,"height":1697,"file":"2026\/08\/IMG_20260820_234525-scaled.webp","filesize":121256,"sizes":{"medium_large":{"file":"IMG_20260820_234525-768x509.webp","width":768,"height":509,"mime-type":"image\/webp","filesize":29268,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-768x509.webp"},"1536x1536":{"file":"IMG_20260820_234525-1536x1018.webp","width":1536,"height":1018,"mime-type":"image\/webp","filesize":65076,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-1536x1018.webp"},"2048x2048":{"file":"IMG_20260820_234525-2048x1358.webp","width":2048,"height":1358,"mime-type":"image\/webp","filesize":91656,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-2048x1358.webp"},"td_80x60":{"file":"IMG_20260820_234525-80x60.webp","width":80,"height":60,"mime-type":"image\/webp","filesize":1790,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-80x60.webp"},"td_100x70":{"file":"IMG_20260820_234525-100x70.webp","width":100,"height":70,"mime-type":"image\/webp","filesize":2374,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-100x70.webp"},"td_218x150":{"file":"IMG_20260820_234525-218x150.webp","width":218,"height":150,"mime-type":"image\/webp","filesize":6506,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-218x150.webp"},"td_265x198":{"file":"IMG_20260820_234525-265x198.webp","width":265,"height":198,"mime-type":"image\/webp","filesize":8938,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-265x198.webp"},"td_324x160":{"file":"IMG_20260820_234525-324x160.webp","width":324,"height":160,"mime-type":"image\/webp","filesize":7162,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-324x160.webp"},"td_324x235":{"file":"IMG_20260820_234525-324x235.webp","width":324,"height":235,"mime-type":"image\/webp","filesize":10930,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-324x235.webp"},"td_324x400":{"file":"IMG_20260820_234525-324x400.webp","width":324,"height":400,"mime-type":"image\/webp","filesize":16412,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-324x400.webp"},"td_356x220":{"file":"IMG_20260820_234525-356x220.webp","width":356,"height":220,"mime-type":"image\/webp","filesize":10738,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-356x220.webp"},"td_356x364":{"file":"IMG_20260820_234525-356x364.webp","width":356,"height":364,"mime-type":"image\/webp","filesize":16268,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-356x364.webp"},"td_533x261":{"file":"IMG_20260820_234525-533x261.webp","width":533,"height":261,"mime-type":"image\/webp","filesize":13324,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-533x261.webp"},"td_534x462":{"file":"IMG_20260820_234525-534x462.webp","width":534,"height":462,"mime-type":"image\/webp","filesize":23466,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-534x462.webp"},"td_696x0":{"file":"IMG_20260820_234525-696x461.webp","width":696,"height":461,"mime-type":"image\/webp","filesize":26140,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-696x461.webp"},"td_696x385":{"file":"IMG_20260820_234525-696x385.webp","width":696,"height":385,"mime-type":"image\/webp","filesize":21506,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-696x385.webp"},"td_741x486":{"file":"IMG_20260820_234525-741x486.webp","width":741,"height":486,"mime-type":"image\/webp","filesize":28218,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-741x486.webp"},"td_1068x580":{"file":"IMG_20260820_234525-1068x580.webp","width":1068,"height":580,"mime-type":"image\/webp","filesize":34624,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-1068x580.webp"},"td_1068x0":{"file":"IMG_20260820_234525-1068x708.webp","width":1068,"height":708,"mime-type":"image\/webp","filesize":43398,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-1068x708.webp"},"td_0x420":{"file":"IMG_20260820_234525-634x420.webp","width":634,"height":420,"mime-type":"image\/webp","filesize":23358,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-634x420.webp"}},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]},"original_image":"IMG_20260820_234525.webp"},"post":109153,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/IMG_20260820_234525-scaled.webp"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109153"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=109153"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109153\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":109155,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/109153\/revisions\/109155"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/109158"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=109153"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=109153"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=109153"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}