{"id":1086,"date":"2009-10-21T16:49:35","date_gmt":"2009-10-21T08:49:35","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/10\/rekod-cemerlang-pentadbiran-kerajaan-negeri-pimpinan-pas\/"},"modified":"2009-10-21T16:49:35","modified_gmt":"2009-10-21T08:49:35","slug":"rekod-cemerlang-pentadbiran-kerajaan-negeri-pimpinan-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rekod-cemerlang-pentadbiran-kerajaan-negeri-pimpinan-pas\/","title":{"rendered":"Rekod Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Pimpinan PAS"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/faktahutangkerajaanpasa.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/faktahutangkerajaanpasa.jpg\" width=\"420\" height=\"219\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Terbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato&#8217; Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.<br \/> <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Exco Kerajaan Kelantan, Dato\u2019 Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> \u201dTengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato\u2019 Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,<\/p>\n<p> \u201dtahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,\u201dkatanya<\/p>\n<p>Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Najib Razak.<\/p>\n<p> Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib \u2019berasa malu\u2019 terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.<\/p>\n<p> Hasrat \u2019menutup malu\u2019 dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan \u2019paku buah keras\u2019 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.<\/p>\n<p> \u201dKerana \u2019tidak ada arah\u2019 akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,<\/p>\n<p> \u201dMenteri Besar Selangor menjawab \u2019dengan cerdik\u2019 dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak\u2019Toyo\u2019 (Dato\u2019 Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,\u201djelas Nik Amar.<\/p>\n<p> Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.<\/p>\n<p>Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><\/p>\n<p> Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato&#8217; Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta. <\/p>\n<p> Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta. <\/p>\n<p> Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.<\/p>\n<p> Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat. <\/p>\n<p>Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.<\/p>\n<p>Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.<\/p>\n<p> Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=2cB5Av6azic<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><em><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">&#8211; <\/span><\/strong><\/em><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><em><strong>Kedah bayar hutang kerajaan pusat RM10 juta<\/strong><\/em><br \/> <strong>HULU TERENGGANU<\/strong> \u2013 Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.<br \/> <\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1086"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1086"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1086\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1086"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1086"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1086"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}