{"id":10844,"date":"2012-11-14T19:51:41","date_gmt":"2012-11-14T11:51:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/11\/pak-samad-mahu-pemimpin-isytihar-harta-awal-dan-akhir\/"},"modified":"2012-11-14T19:51:41","modified_gmt":"2012-11-14T11:51:41","slug":"pak-samad-mahu-pemimpin-isytihar-harta-awal-dan-akhir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pak-samad-mahu-pemimpin-isytihar-harta-awal-dan-akhir\/","title":{"rendered":"Pak Samad Mahu Pemimpin Isytihar Harta Awal Dan Akhir"},"content":{"rendered":"<p>Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad berkata perbuatan tersebut amat wajar dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik terutama pihak pemerintah yang berkuasa.<\/p>\n<p>Namun, katanya tindakan mengistihar harta tersebut bukan sahaja diperingkat awal tetapi juga setelah meninggalkan jawatan serta kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cItu memang wajar dilakukan (istihar), dulu pun sebenarnya\u2026pemimpin yang dahulu mengistiharkan. Dia cuma istihar sahajalah, akhirnya\u2026\u2018gelap\u2019. <\/p>\n<p>\u201cKita (rakyat) mahu dia (pemimpin) tidak sahaja istiharkan hasil atau pun hartanya yang ada, tapi bila berhenti dia harus umumkan juga (harta) dan kita (rakyat) boleh mengetahui \u2018waras\u2019 (betul) atau tidaknya harta yang dikumpulkan itu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-53, di Dewan Jubli Perak MPKB, Bandaraya Islam Kelantan, 14 November lalu.<\/p>\n<p>Ketika ditanya pendapatnya terhadap pemimpin Umno-BN yang turut bersedia bersetuju mengistiharkan harta masing-masing, Pak Samad dengan tegas mahu perkara itu dilakukan pada awal dan akhir.<\/p>\n<p>Menurutnya, harta setiap pemimpin itu perlu diistiharkan sebelum dan selepas menjadi kerajaan yang memerintah negeri atau negara.<\/p>\n<p>\u201cJika tidak silap dua tiga hari ini mereka (pemimpin Umno-BN) pun mengumumkan begitu (setuju) tetapi bagi saya ini bukan sesuatu yang baru untuk Barisan Nasional. Dulu juga (mahu) diumumkan tapi mula sajalah\u2026 \u2018ekornya\u2019 (akhirnya) biasanya didiamkan. <\/p>\n<p>\u201c(Apa) yang penting ialah apabila kita (pemimpin) umumkan sekarang, kita (rakyat) hendak tahu juga dalam jangka masa berapa tahun itu, adakah waras (betul) atau tidak hasil atau harta yang dikumpulkan itu.<\/p>\n<p>\u201cUmumkan saya bersetuju tapi mesti ada akhirnya, jangan umumkan sahaja\u2026 semua orang hendak umumkan dan tidak ramai yang setuju hendak umumkan hasil akhirnya itu. <\/p>\n<p>\u201cAwalnya setuju umumkan sebab, awalnya sedikitkan tapi akhirnya agak banyak dan boleh membuat kita (rakyat) berfikir bagaimana dia (pemimpin) menghimpunkan hartanya waras atau tidak dalam jangka masa dia itu memerintah,\u201d ujarnya.<br \/>Sebelum itu,\u00a0 Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan komitmen beliau dan pemimpin PAS untuk mengisytihar harta masing-masing menjelang pilihan raya umum akan datang.<\/p>\n<p>Dalam ucapan perasmiannya sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat di hadapan kira-kira 1000 perwakilan dan pemerhati, beliau beriltizam mahu mengisytihar hartanya sebagai satu contoh perubahan yang harus dimulakannya selaku Timbalan Presiden PAS.<\/p>\n<p>Cadangan pemuda ini disokong oleh Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden PAS, Dato\u2019 Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/paksamad1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita9\/paksamad1.jpg\" width=\"414\" height=\"310\" style=\"float: right; border: 0; margin-left: 7px; margin-right: 7px;\" \/>KOTA BHARU<\/strong> &#8211; Komitmen pimpinan PAS mahu mengistiharkan harta masing-masing menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang mendapat perhatian banyak pihak termasuk Sasterawan Negara, Dato\u2019 A Samad Said.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10843,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10843,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita9\/paksamad1.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":414,"height":336,"file":"2012\/11\/paksamad1.jpg","filesize":72057,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"3.7","credit":"","camera":"COOLPIX P500","caption":"","created_timestamp":"1352935097","copyright":"","focal_length":"5.6","iso":"250","shutter_speed":"0.033333333333333","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":10844,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/paksamad1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10844"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10844"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10844\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10843"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10844"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10844"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10844"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}