{"id":10823,"date":"2012-11-12T18:00:00","date_gmt":"2012-11-12T10:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/11\/ahmad-said-patut-dibuang-negeri\/"},"modified":"2012-11-12T18:00:00","modified_gmt":"2012-11-12T10:00:00","slug":"ahmad-said-patut-dibuang-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ahmad-said-patut-dibuang-negeri\/","title":{"rendered":"Ahmad Said Patut DiBuang Negeri!"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, ia adalah ekoran &#8216;tindakan jahat&#8217; Umno dan Barisan Nasional, diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad yang telah mengisytiharkan pada 5 September 2001, wang royalti minyak ditukar kepada &#8216;wang ehsan&#8217;.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemberian ehsan itu menyebabkan kerajaan dan rakyat Terengganu telah hilang wang royalti minyak sebanyak RM3.4 bilion diantara tahun 2004 hingga 2007, kerana kerajaan pusat tidak lagi terikat dengan perjanjian yang ditandatangani bersama.<\/p>\n<p>&#8220;Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Amirsham menjawab di parlimen pada tahun 2008, dia sebut wang dana khas (wang ehsan) telah dibayar sebanyak RM7.3 bilion,<\/p>\n<p>&#8220;(tetapi) Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh ua hari kemudiannya menjawab, sebenarnya Terengganu hanya menerima RM3.9 bilion sahaja, ini bermakna wang royalti telah hilang RM3.4 bilion,&#8221;ujarnya.<\/p>\n<p>Tiba-tiba, kata Haji Muhyiddin, pada 23 Mac 2012, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan pusat dan Petronas.<\/p>\n<p>Tindakan Ahmad Said itu diibaratkannya, menyerahkan hak rakyat Terengganu dan membiarkan kerajaan Pusat membelanjakan wang royati minyak sesuka hati.<\/p>\n<p>Haji Muhyiddin yang juga Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu berkata demikian pada ceramah sempena program Jelajah Rakyat datuk seriAnwar Ibrahim ke Hulu Terengganu pada Jumaat malam, 9 November.<\/p>\n<p>Berikutan itu, katanya, kerajaan pusat telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid bertujuan untuk mengenalpasti negeri mana\u00a0 yang wajar menerima bayaran tunai hasil petroleum di pantai timur.<\/p>\n<p>Sedangkan katanya, sebagaimana jawapan Menteri di parlimen, Jawatankuasa Khas tersebut tidak berbangkit bagi Sabah dan Sarawak dan bayaran royalti minyak akan diteruskan mengikut perjanjian akta kemajuan petroleum 1974.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa, kerajaan pusat berani bertindak demikian kerana saman yang telah dibuat oleh kerajaan PAS selaku kerajaan negeri pada tahun 2001.<\/p>\n<p>&#8220;Pasal apa (kerajaan pusat) berani (tubuh jawatankuasa khas), pasal Datuk Mad Said tarik balik saman kita kepada kerajaan persekutuan&#8230;..tarik balik saman kita kepada petronas,<\/p>\n<p>&#8220;dan kerajaan pusat berani nak agih duit kita itu&#8230;.mana dia ahli parlimen (Umno-BN) tak bercakap di parlimen!,&#8221;jelasnya.<\/p>\n<p>Oleh itu, beliau mendakwa Ahmad Said tidak layak menjadi Menteri Besar bahkan tidak layak menjadi &#8216;orang Terengganu&#8217; kerana telah melakukan khianat dengan menarik balik saman tersebut.<\/p>\n<p>Kerana kesalahan besar yang dilakukan oleh Ahmad Said, beliau mencadangkan Ahmad Said\u00a0 dibuang negeri daripada negeri Terengganu ini.<\/p>\n<p>&#8220;Orang yang bertanggungjawab khianat kepada negeri kita adalah Menteri Besar Datuk Ahmad Said, (dia) tak layak jadi Menteri Besar Terengganu&#8230;..tak layak jadi pemimpin negeri Terengganu&#8230;&#8230; malah saya rasa (dia) tak layak jadi orang Terengganu,<\/p>\n<p>&#8220;kita patut cadang buang negeri orang macam ni,&#8221;tegasnya. <\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=g3G5V3nyPIQ&amp;list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q&amp;index=1&amp;feature=plcp\" target=\"_blank\">&gt;&gt;&gt;&gt; Lihat dan Dengar Video Klip Haji Muhyiddin di Buletinonline Channel&gt;&gt;&gt;&gt;<\/a><\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/Haji%20Muhyiddin.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita8\/Haji%20Muhyiddin.jpg\" style=\"float: left; border: 0; margin: 7px;\" \/>HULU TERENGGANU<\/strong> &#8211; Pada 8 Mac tahun 2001, Kerajaan negeri Terengganu telah menyaman kerajaan pusat dan Petronas kerana tidak mematuhi perjanjian pembayaran royalti minyak yang dimeterai pada tahun 1975, sebagaimana yang termaktub dalam akta kemajuan petroleum 1974.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10822,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10822,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita8\/Haji%20Muhyiddin.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":334,"file":"2012\/11\/Haji Muhyiddin.jpg","filesize":19189,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":10823,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/Haji Muhyiddin.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10823"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10823"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10823\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}