{"id":10817,"date":"2012-11-10T15:09:29","date_gmt":"2012-11-10T07:09:29","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/11\/presiden-sudan-isytihar-israel-musuh-nombor-satu\/"},"modified":"2012-11-10T15:09:29","modified_gmt":"2012-11-10T07:09:29","slug":"presiden-sudan-isytihar-israel-musuh-nombor-satu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/presiden-sudan-isytihar-israel-musuh-nombor-satu\/","title":{"rendered":"Presiden Sudan Isytihar &#8216;Israel Musuh Nombor Satu&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>Encik  Bashir, 68 tahun, yang kelihatan masih lemah tetapi sihat, berucap  selama 15 minit menerusi stesen televisyen milik pemerintah, Blue Nile  TV.<\/p>\n<p>Ucapannya itu dirakam sehari sebelum disiarkan di Kedutaan Sudan, di Riyadh, Arab Saudi.<\/p>\n<p>Encik  Bashir meninggalkan hospital di Saudi kelmarin selepas pulih daripada  menjalani pembedahan kecil keduanya dalam tempoh kurang daripada empat  bulan.<\/p>\n<p>&#8220;Israel adalah musuh kami, musuh nombor satu kami dan kami  akan terus menggelar Israel sebagai musuh kami,&#8221; katanya yang terkenal  dengan ketajaman suara ketika berbahas.<\/p>\n<p>Kenyataannya itu susulan  dakwaan Khartoum bahawa negara Yahudi itu menghantar empat pesawat  kawalan radar untuk menyerang kilang tentera di Yarmouk di tengah ibu  negara berkenaan pada tengah malam, 23 Oktober lalu.<\/p>\n<p>Israel bagaimanapun enggan memberi kenyataan setakat ini berhubung tuduhan Sudan itu.<\/p>\n<p>Namun,  pegawai Israel sebelum ini telah melahirkan keprihatinan mengenai  tindakan menyeludup senjata melalui Sudan dan telah lama menuduh Sudan  sebagai pangkalan bagi anggota gerakan Hamas yang kini mengawal Jaluran  Gaza.<\/p>\n<p>&#8220;Selepas insiden di Yarmouk, ramai orang yang marah dan bertanya &#8216;Mengapa perkara ini berlaku?&#8217;,&#8221; kata Encik Bashir.<\/p>\n<p>Bagi mengelakkan serangan serupa itu berulang, beliau berkata Sudan mempunyai dua pilihan.<\/p>\n<p>Pilihan pertama ialah memulihkan hubungan dua hala dengan Israel tetapi beliau menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.<\/p>\n<p>Pilihan kedua ialah mempunyai teknologi yang membolehkan Sudan melancarkan serangan serupa ke atas Israel.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak boleh katakan yang perkara ini mustahil. Kita sedang cuba mendapatkan teknologi ini,&#8221; kata beliau.<\/p>\n<p>Terdapat  spekulasi kilang tentera di Yarmouk itu digunakan untuk menyimpan atau  menghasilkan senjata untuk Iran. Sudan bagaimanapun menafikan Iran  mempunyai sebarang penglibatan dalam kilang itu. &#8211; AFP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita8\/bashir.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita8\/bashir.jpg\" width=\"365\" height=\"242\" style=\"float: left; border: 0px none; margin: 7px;\" \/>KHARTOUM<\/strong> &#8211; Presiden Sudan, Encik Omar Al-Bashir, yang muncul  di kaca televisyen kelmarin selepas menjalani pembedahan kecil, berkata  Israel adalah &#8220;musuh nombor satu&#8221; negara itu.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10817"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10817"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10817\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10817"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10817"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10817"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}