{"id":10813,"date":"2012-11-09T17:11:47","date_gmt":"2012-11-09T09:11:47","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/11\/umno-bn-memerah-minyak-terengganu-menafikan-kemajuan-dan-keselamatan\/"},"modified":"2012-11-09T17:11:47","modified_gmt":"2012-11-09T09:11:47","slug":"umno-bn-memerah-minyak-terengganu-menafikan-kemajuan-dan-keselamatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/umno-bn-memerah-minyak-terengganu-menafikan-kemajuan-dan-keselamatan\/","title":{"rendered":"Umno-BN \u2018Memerah\u2019 Minyak Terengganu, Menafikan Kemajuan dan Keselamatan"},"content":{"rendered":"<p>Menurut catatan pada laman US Energy Informatin Administration, jumlah pengeluaran minyak pada tahun 2011 adalah kira-kira 630,000 tong sehari (bbl \/ d), di mana kira-kira 83 peratus pengeluaran adalah minyak mentah. <\/p>\n<p>Sebanyak 25\u00a0 buah telaga minyak yang ada di Lembangan Melayu dan Lembangan Penyu, 17 buah daripadaya terletak di luar psesisir pantai negeri Terengganu.<\/p>\n<p><em>[Gambar kanan atas &#8211; kedudukan medan minyak Lembangan Melayu dan kedudukan perigi minyak di luar pesisir pantai Terengganu ]<\/em><\/p>\n<p>Lebih separuh daripada jumlah pengeluaran minyak Malaysia kini datang dari \u2018Medan Minyak Tapis\u2019 dalam lembangan Melayu luar pesisir negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Minyak yang dikeluarkan dari Medan Tapis adalah minyak yang terbaik yang dijadikan kayu ukur kualiti minyak Malaysia, dengan graviti API sebanyak 44 \u00b0 dan kandungan sulfur 0.08 peratus mengikut berat, diiktiraf di seluruh dunia.<\/p>\n<p>Itulah kepentingan \u2018tanah bertuah\u2019 negeri Terengganu Darul Iman yang dikurniakan Allah hasil \u2018emas hitam\u2019 menjana perkembangan ekonomi dan pembangunan negara sejak ia ditemui pada tahun 1978.<\/p>\n<p>Dilaporkan 75% dari hasil keluaran minyak negara yang dikorek dari luar pesisir pantai Terengganu telah digunakan bagi membiayai kerajaan persekutuan sekian lama, sejak itu.<\/p>\n<p>Perbelanjaan \u2018bilionan\u2019 ringgit termasuk membina pusat pentadbiran kerajaan pusat Putrajaya, yang dilakukan oleh parti pemerintah Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), adalah menggunakan hasil minyak negara.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/mekoa100-491x300.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v6\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/02\/mekoa100-491x300.jpg\" width=\"375\" height=\"228\" style=\"float: left; border: 0; margin: 7px;\" \/>Namun begitu, menurut bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, negeri Terengganu hanya mendapat hasil royalti Petroleum sebanyak 5% berjumlah RM7, 129, 413, 373.00 sejak tahun 1978 sehingga bayaran tunai wajib itu dihentikan oleh kerajaan pusat pada tahun 2000.<\/p>\n<p><em>[Gambar kiri &#8211; jenis kapal peronda TLDM dan gambar kanan bawah, &#8216;patrol vessel&#8217; generasi baru TLDM]<br \/><\/em><br \/>Berbanding dalam tempoh tersebut kerajaan pusat \u2018memerah hasil minyak\u2019 sebanyak\u00a0 RM135, 228, 873, 627.00 melalui entiti perniagaan yang dimiliki kerajaan pusat, Petronas.<\/p>\n<p>Disebalik kekayaan hasil dari negeri Terengganu itu, pembangunan hanya ditumpukan di pantai Barat\u00a0 dan kemajuan Terengganu jauh ketinggalan. <\/p>\n<p>Selain itu faktor keselamatan turut di abaikan apabila Umno-BN yang kembali memerintah negeri Terengganu pada tahun 2004, menafikan perancangan mahu membangunkan Kuala Terengganu sebuah pusat industri maritim khususnya bagi tujuan pertahanan negara.<\/p>\n<p>Menurut bekas Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara, Haji Amzad Hashim, kerajaan terlalu memberi penumpuan kepada industri maritim di pantai barat, sedang hasil mashul negara terletak di Laut Cina Selatan, khususnya hampir kepada negeri Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya berlaku apa-apa (ancaman kepada keselamatan) bagaimana kapal-kapal perang kita mahu di baik pulih, yang rosak dan sebagainya,<\/p>\n<p>\u201csekiranya apa yang berlaku (realitinya) , (kapal-kapal) terpaksa ditunda ke Johor\u00a0 melalui perairan Singapura, ia satu kerugian dan bahaya dan risiko besar kepada negara dan (negeri) Terengganu,\u201djelasnya.<\/p>\n<p>Katanya, beliau cuba menyampaikan situasi tersebut kepada kerajaan melalui Majlis Industri Pertahanan Negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan sedang dalam usaha menggantikan 27 buah kapal peronda lama dengan kapal generasi baru \u2018patrol-vessel\u2019 dengan fasa permulaa sebanyak 6 buah dengan perbelanjaan sebanyak RM7 bilion.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/mr%207.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/v6\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/mr%207.jpg\" width=\"393\" height=\"262\" style=\"float: right; border: 0; margin: 7px;\" \/>Sebaliknya dari membelanjakan semua jumlah RM7 bilion itu di pantai Barat, kata beliau, apa salahnya kerajaan pusat membelanjakan sebanyak\u00a0 RM2 bilion untuk merangsang industri maritim di pantai timur, khususnya di Terengganu yang mempunyai kepentingan strategik pertahanan negara.<\/p>\n<p>\u201cFasa pertama telah diberi kepada Lumut Naval Dock Yard, kita cuba \u2018fight\u2019 ketika itu, jangan semua sekali bagi kepada Lumut (pantai barat), <\/p>\n<p>\u201csekurang-kurangnya&#8230;&#8230; apa salahnya bagi RM2 bilion untuk di buat (kapal) di Pantai Timur (Terengganu) sebab kita (Terengganu) mempunyai kepntingan stategik (pertahanan negara),\u201dtegasnya.<\/p>\n<p>Haji Amzad yang juga bekas CEO Mara Shipyard an Engineering Terengganu (MSET)\u00a0 mempersoalkan mengapa kerajaan tidak membelanjakan satu pertiga daripada keseluruhan projek penggantian kapal peronda sebanyak RM27 bilion itu diPantai Timur, khususnya di Terengganu.<\/p>\n<p>\u201capa salahnya kerajaan membelanjakan satu pertiga dari jumlah RM27 bilion dibelanjakan di Pantai Timur yang mana tujuan sebenarnya untuk mempertahankan kepentingan keselamatan Negara (termasuk kepentingan industry Petroleum) yang terletak di laut sebelah sini?,<\/p>\n<p>\u201csekarang ini, kerajaan seperti menghadkan kepentingan\u00a0 pembinaan (maritime) di muara Sungai Terengganu setakat membina kapal-kapal kecil,\u201dujarya.<\/p>\n<p>Oleh kerana itu, menurutnya, negeri Terengganu dan perairan Terengganu serta Laut Cina Selatan terdedah kepada ancaman kerana tidak cukup kapal yang berkawal dan tidak cukup pusat sokongan kepada kapal-kapal yang ditempatkan di Markas Panglima Tanjung Gelang, Kuantan.<\/p>\n<p>\u201csaya berpendapat, kerajaan pusat gagal melihat diletakkan kapal yang secukupnya bagi mengawal kepentingan perairan Negara dimana disitulah letaknya rezab simpanan minyak dan gas kita untuk jangka masa akan datang,\u201dkatanya membuat kesimpulan, menutup bual bicara bersama beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/medan%20minyak%20Terengganu.jpg\" target=\"_blank\"><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/medan%20minyak%20TerengganuA.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita8\/medan%20minyak%20TerengganuA.jpg\" width=\"398\" height=\"281\" style=\"float: right; border: 0; margin: 7px;\" \/><\/a>KUALA TERENGGANU <\/strong>&#8211; Medan minyak terbesar Negara terletak di luar pantai Semenanjung Malaysia yang meliputi lebih daripada 12,000 meter di kawasan yang dikenali sebagai \u2018Malay Basin\u2019 (Lembangan Melayu) dan kawasan seluas 5,000 kilometer di Selatan yang dikenali sebagai \u2018Penyu Basin\u2019 (Lembangan Penyu).<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10811,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10811,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2480,"height":1754,"file":"2012\/11\/medan minyak Terengganu.jpg","filesize":222631,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":10813,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/medan minyak Terengganu.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10813"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10813"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10813\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10811"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10813"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10813"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10813"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}