{"id":1078,"date":"2009-10-20T19:01:00","date_gmt":"2009-10-20T11:01:00","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/10\/situasi-politik-masakini-paling-sesuai-untuk-perubahan\/"},"modified":"2009-10-20T19:01:00","modified_gmt":"2009-10-20T11:01:00","slug":"situasi-politik-masakini-paling-sesuai-untuk-perubahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/situasi-politik-masakini-paling-sesuai-untuk-perubahan\/","title":{"rendered":"Situasi Politik Masakini Paling Sesuai Untuk Perubahan"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/nikamar.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/nikamar.JPG\" width=\"217\" height=\"201\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato\u2019 Nik Mohamad Amar Nik Arshad menyarankan agar pemimpin serta ahli PAS di seluruh negara mempertingkatkan kualiti parti. <\/p>\n<p>Ini penting, katanya agar rakyat umum dapat membezakan antara keupayaan pemimpin parti Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) melihat sekarang adalah masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan. Suasana pemimpin politik (Umno dan Barisan Nasional) negara yang berkecamuk. <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">\u201cKita (PAS) kena tingkatkan kualiti kerja kita (parti) <\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">di semua peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri (Dun), kawasan dan negeri.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">\u201cBiar kualiti kita (PAS) berbeza dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan barulah boleh laksanakan amanah Allah SWT,\u201d tegasnya. <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Mursyidul Am PAS, Dato\u2019 Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Ijtima\u2019 Kepimpinan PAS Terengganu 2009 di Padang Bola Pekan, Manir, 17 Oktober lalu.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Nik Mohamad Amar yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan yakin zaman pemerintahan Umno-BN bakal berakhir kerana hilang sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap parti komponan tersebut.<\/p>\n<p>Bahkan, katanya kemenangan calon BN, Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak menggambarkan penerimaan rakyat umum terhadap parti tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, calon BN yang terbukti bersalah terlibat dengan masalah rasuah dan politik wang boleh menang kerana Umno-BN bukan sebuah parti bersih.<\/p>\n<p>\u201cUmno sebuah parti yang kotor dan terlibat dengan banyak masalah rasuah, politik wang, penyelewengan dan penipuan.<\/p>\n<p>\u201cDia (Umno-BN) bukan parti bersih tetapi menang dengan cara tidak bermaruah dan calon yang tidak bermaruah,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pelbagai isu yang menjadi \u2018senjata\u2019 kepada PAS dan Pakatan Rakyat akan digunakan untuk membuat perubahan<\/p>\n<p>Sementara itu, mengulas isu berkaitan kecelaruan politik calon Bebas yang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Dato\u2019 Paduka Ibrahim Ali yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas itu disifatkan sebagai barang \u2018permainan\u2019 di Kelantan.<span><\/p>\n<p><\/span>\u201cDia (Ibrahim Ali) tidak boleh buat apa-apa. Parti Umno pun tidak mahu terima dia (Ibrahim). Kita (PAS) di Kelantan anggap dia (Ibrahim) seperti barang \u2018permainan\u2019 kanak-kanak.<\/p>\n<p>\u201cAda dia (Ibrahim) boleh juga ada \u2018hiburan\u2019 politik yang tidak menjejaskan pengaruh dan kekuatan PAS Kelantan untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang, Insya\u2019Allah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, dalam PRU Ke-13 PAS dan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan sedia ada tetapi yakin merampas kembali Terengganu.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=IQQvPUW7ZUw<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><strong>HULU TERENGGANU<\/strong> &#8211; Situasi politik negara masa kini merupakan masa paling baik dan sesuai bagi rakyat membuat perubahan dalam mana-mana pilihan raya diadakan.<\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1078"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1078"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1078\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1078"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1078"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1078"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}