{"id":1076,"date":"2009-10-20T13:24:27","date_gmt":"2009-10-20T05:24:27","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/10\/tuduh-presiden-pas-pro-umno\/"},"modified":"2009-10-20T13:24:27","modified_gmt":"2009-10-20T05:24:27","slug":"tuduh-presiden-pas-pro-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tuduh-presiden-pas-pro-umno\/","title":{"rendered":"Tuduh Presiden Pas Pro Umno"},"content":{"rendered":"<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Adakah semata-mata kerana buat <span style=\"cursor: pointer\"><span class=\"yshortcuts\">rumah terbuka<\/span><\/span> orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam <span style=\"cursor: pointer\"><span class=\"yshortcuts\">Kerajaan persekutuan<\/span><\/span> (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum. <\/p>\n<p> Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. \u00a0Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma\u2019 dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun. <br \/> <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi <span><span class=\"yshortcuts\">Awang<\/span><\/span> gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato\u2019 Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan\u00a0 Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, \u00a0kerana selama ini kita \u00a0telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. <\/p>\n<p> Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam majlis syura ulama\u2019 dan diluluskan. Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau <span><span class=\"yshortcuts\">Kedah<\/span><\/span> kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhanraya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau. <\/p>\n<p> Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti PAS bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik. Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihanraya maka akan dituduh pro umno, otak tertutup, ulama\u2019 tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. <\/p>\n<p> Sebagai \u00a0sebuah gerakan ummah \u00a0yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran. Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan Umno kerana hendak berjaya dengan cepat. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di <span style=\"cursor: pointer\"><span class=\"yshortcuts\">hari akhirat<\/span><\/span> nanti. Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS. PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua Pas Dato Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tIdak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Memanglah menjadi ahli akdemik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang \u00a0di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan PAS cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang \u00a0kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah. . Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata. Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti. <\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. <\/p>\n<p> Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah <span style=\"cursor: pointer\"><span class=\"yshortcuts\">padang bola sepak<\/span><\/span>. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tengah padang. Allahlah yang Maha Mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang.<\/span><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">USTAZ IDRIS AHMAD<\/span><\/strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">\u00a0 <\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">PANDANGAN PROF DR\u00a0AZIZ BARI DISANGGAH<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"margin-bottom: 10pt\" class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai\u00a0 ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. <\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (<span style=\"cursor: pointer; -moz-background-clip: border; -moz-background-origin: padding; -moz-background-inline-policy: continuous; background-attachment: scroll\"><span class=\"yshortcuts\">Sinar Harian<\/span><\/span> 19\/10\/09).\u00a0 <\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1076"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1076"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1076\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1076"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1076"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1076"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}