{"id":10748,"date":"2012-11-02T06:01:03","date_gmt":"2012-11-01T22:01:03","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/11\/pru-13-dateline-hak-royalti-dikembalikan-kepada-negeri\/"},"modified":"2012-11-02T06:01:03","modified_gmt":"2012-11-01T22:01:03","slug":"pru-13-dateline-hak-royalti-dikembalikan-kepada-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pru-13-dateline-hak-royalti-dikembalikan-kepada-negeri\/","title":{"rendered":"PRU 13 Dateline Hak Royalti Dikembalikan Kepada Negeri"},"content":{"rendered":"<p>Bagi DPPM, desakan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan serta secara bersepadu dengan penglibatan semua rakyat sehingga kerajaan persekutuan akur terhadap desakan tersebut.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, DPPM berharap kerajaan berusaha memberikan royalti terhadap kerajaan Pahang, negeri terbaru yang berjaya menemui minyak di medan Bertam di Blok PM307. Dengan penemuan ini, Pahang berhak menuntut royalti seperti yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974. Justeru, hak 5% royalti wajar dibayar kepada kerajaan negeri bermula selepas perjanjian dibuat dengan Petronas.<\/p>\n<p>DPPM menganggap adalah perlu bagi negeri seperti Pahang dan Sabah untuk menikmati royalti penuh 5% bagi meningkatkan taraf hidup di negeri tersebut. Masih ramai rakyat di negeri tersebut tidak menikmati nikmat kehidupan moden dengan infrastruktur yang serba kekurangan serta keperluan asas seperti air dan eletrik. Dengan 5% royalti, kerajaan negeri terbabit berpeluang membantu rakyat dalam segenap aspek supaya negeri tersebut mampu bersaing dengan negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Kalau kerajaan diskriminasi Kelantan kerana diperintah oleh pembangkang, manakala negeri Terengganu pula kerana pernah diperintah oleh pembangkang, kerajaan tidak wajar menganak tirikan Sabah dan Pahang daripada mendapat hak penuh royalti seperti yang sepatutnya. Tidak ada alasan buat kerajaan daripada memberikan royalti kerana kedua-dua kerajaan negeri terbabit adalah kerajaan di bawah pemerintahan BN. Negeri-negeri tersebut menjadi suatu landmark betapa terhadap kerajaan negeri milik mereka sendiri pun mereka gagal membela rakyat, apatah lagi terhadap negeri yang diperintah oleh pembangkang.<\/p>\n<p>Justeru, DPPM meminta rakyat terutama di Sabah, Pahang serta Kelantan supaya memberikan suatu dateline kepada kerajaan untuk memenuhi tuntutan royalti sebanyak 5% dan tarikh tempoh tamat adalah pada PRU ke 13. Jika tidak mereka perlu berubah kepada kerajaan lain yang berusaha memperjuangkan hak royalti diberi kepada semua negeri pengeluar minyak. Tidak ada gunanya bernaung di bawah kerajaan yang gagal memberikan keadilan sepenuhnya kepada rakyat. Lebih baik rakyat berubah kepada kerajaan yang memperjuangkan royalti tersebut dikembalikan kepada mereka sepenuhnya.<br \/><strong><br \/>RIDUAN MOHD NOR<br \/>Ketua Penerangan<br \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/medan%20minyak%20pantai%20timur.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita7\/medan%20minyak%20pantai%20timur.jpg\" style=\"float: right; margin: 7px;\" \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta negeri-negeri yang mempunyai minyak seperti Kelantan, Terengganu dan Sabah supaya terus mendesak kerajaan persekutuan menuntut pemberian royalti sebanyak\u00a0 5% seperti yang sepatutnya mereka nikmati. <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10747,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10747,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita7\/medan%20minyak%20pantai%20timur.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":291,"file":"2012\/11\/medan minyak pantai timur.jpg","filesize":28121,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":10748,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/11\/medan minyak pantai timur.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10748"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10748"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10748\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10747"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10748"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10748"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10748"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}