{"id":10719,"date":"2012-10-26T17:22:06","date_gmt":"2012-10-26T09:22:06","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/10\/gencatan-senjata-sempena-aidiladha\/"},"modified":"2012-10-26T17:22:06","modified_gmt":"2012-10-26T09:22:06","slug":"gencatan-senjata-sempena-aidiladha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/gencatan-senjata-sempena-aidiladha\/","title":{"rendered":"Gencatan Senjata Sempena Aidiladha &#8216;Kelabu&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>Serangan itu membunuh lima orang, kata aktivis pihak pembangkang sehari sebelum gencatan senjata yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya berkuat kuasa.<\/p>\n<p>Pertempuran di Harasta, ke timur laut Damsyik, tercetus setelah pihak pemberontak melepasi dua sekatan jalan tentera di pinggir bandar itu.<\/p>\n<p>Bandar tersebut berada di lebuh raya utama yang menghubungkan ibu kota Syria dengan kawasan utara negara itu, kata pihak pemberontak.<\/p>\n<p>Harasta merupakan salah satu daripada kawasan luar bandar yang mempunyai ramai penduduk Sunni, yang mengelilingi ibu kota Syria itu.<\/p>\n<p>Menurut para penduduk Damsyik, bunyi bedilan yang disasarkan ke arah Harasta dan kejiranan Zamalka, yang berdekatan, dapat didengar daripada tengah ibu kota.<\/p>\n<p>Kelmarin, utusan damai PBB-Liga Arab bagi konflik Syria, Encik Lakhdar Brahimi, memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa Encik Assad telah menerima gencatan senjata sempena musim cuti Aidiladha yang bermula hari ini.<\/p>\n<p>&#8220;Pemerintah Syria telah setuju melaksanakan gencatan senjata semasa Hari Raya,&#8221; kata Encik Brahimi di Kahirah, sambil menambah Damsyik akan membuat pengumuman rasmi mengenai hal itu kemudian.<\/p>\n<p>Menurut Encik Brahimi, kebanyakan pemimpin pemberontak yang dihubungi turut menyatakan persetujuan melaksanakan perdamaian sementara.<\/p>\n<p>Namun, beberapa laporan menukil pihak pemberontak sebagai berkata bahawa mereka akan hanya melaksanakan gencatan senjata jika askar-askar rejim Encik Assad berbuat demikian terlebih dahulu.<\/p>\n<p>Seorang aktivis pihak pembangkang yang berada di Damsyik, Encik Moaz al-Shami, berkata &#8220;tiada siapa yang serius tentang gencatan senjata itu&#8221;.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimana mungkin ada gencatan senjata sedangkan kereta kebal masih berkeliaran di jalan-jalan; terdapat sekatan jalan setiap beberapa ratus meter; dan pihak tentera tidak teragak-agak menyerang kejiranan orang awam dengan meriam? Ini adalah rejim yang telah hilang semua kredibiliti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pihak pemberontak dan Washington kekal ragu tentang sebarang komitmen daripada Damsyik.<\/p>\n<p>&#8220;Ramai yang ragu tentang kemungkinan berlakunya gencatan senjata walaupun sementara memandangkan rekod Encik Assad yang sering mungkir janji,&#8221; kata duta Amerika Syarikat ke PBB, Cik Susan Rice, selepas taklimat oleh Encik Brahimi tentang usahanya menghentikan keganasan.<\/p>\n<p>Namun, Russia menyokong kenyataan Encik Brahimi kelmarin bahawa rejim Damsyik sedia melaksanakan gencatan senjata sebagai menghormati perdamaian sementara sempena cuti empat hari Aidiladha.<\/p>\n<p>Perdamaian sementara, jika dapat dilaksanakan oleh kedua-dua pihak, membawa membawa pengertian penting dalam konflik 19 bulan di Syria yang telah mengorbankan lebih 34,000 nyawa. &#8211; Reuters, AFP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" class=\"CSS_LIGHTBOX_SCALED_IMAGE_IMG\" src=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-Yx-K6pbszRY\/UIrIMd8XNFI\/AAAAAAAAIRo\/GwWQD5ZuSnY\/s1600\/syrian-rebels-accepts-ceasefire-for-eid-ul-azha-holidays.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"width: 486px; height: 358px; float: right; margin: 7px;\" \/>AMMAN: Tentera Presiden Syria, Encik Bashar Al-Assad, terus menggunakan kereta kebal dan melancarkan roket ke arah sebuah kawasan luar bandar Damsyik semalam.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10719"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10719"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10719\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10719"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10719"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10719"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}