{"id":10688,"date":"2012-10-20T23:59:10","date_gmt":"2012-10-20T15:59:10","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/10\/penternak-walit-tolak-datuk-tok-persekutuan-persatuan-pedagang-sarang-burung-malaysia\/"},"modified":"2012-10-20T23:59:10","modified_gmt":"2012-10-20T15:59:10","slug":"penternak-walit-tolak-datuk-tok-persekutuan-persatuan-pedagang-sarang-burung-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/penternak-walit-tolak-datuk-tok-persekutuan-persatuan-pedagang-sarang-burung-malaysia\/","title":{"rendered":"Penternak Walit Tolak Datuk Tok, Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Jurucakap kumpulan tersebut Wan Azwin Rashdan Datuk Wan Abdul Rashid berkatanya pihaknya menggesa industri burung walit tersebut kekal sebagai peniaga bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak hatta kerajaan, sekiranya ia tidak boleh membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tak mahu (Datuk) Tok Teng Sai mewakili semua penternak seluruh Malaysia, dia baru dalam bidnag ini, saya dah buat lama dah, dah buat (terlibat) dalam bidang ni (penternakan walit) selama 12 tahun, sekarang ni ada kacau bilau sikit menyebabkan harga menjadi rendah,<\/p>\n<p>&#8220;harga sekarang dibawah RM2000 (satu tan) bila harga negini, kita tdak akan berjaya meneruskan usaha sarang burung ini,&#8221;ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau yang datang dari Kota Bharu, Kelantan, berkata demikian ketika ditemui selepas berhimpun bersama lebih 150 orang penternak burung walit di Kampung Tiong dekat sini pada Sabtu, 20 Oktober.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/wan%20azwin1.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita7\/wan%20azwin1.jpg\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 7px;\" \/>Selain itu, beliau menggesa supaya kerajaan melonggarkan sekatan syarat dan mempermudahkan tatacara mengekspot sarang burung walit mentah ke negeri Cina yang menjadi halangan kepada para penternak sekarang ini.<\/p>\n<p>Beliau berharap, bukan pihak Putrajaya sahaja yang boleh mengeluarkan &#8216;permit&#8217; ekspot sarang burung mentah, tetapi memberikan kuasa kepada pihak Jabatan Veterinar negeri-negeri.<\/p>\n<p>&#8220;semua individu penternak ini minta pihak (Veterinar) negeri keluarkan &#8216;permit&#8217; takkan semua penternak nak pergi ke Putrajaya untuk (permit) ekspot,&#8221;tegasnya.<\/p>\n<p>Seorang wakil penternak dari Setiu Terengganu, Abdul Rahim Ali berkata, beliau hadir dan berkumpul bersama penternak lain menggesa pihak berkuasa supaya beranggungjawab menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.<\/p>\n<p>Beliau yang mewakili 40 orang penternak yang hadir, berhasrat mahu menyampaikan hasrat menyerahkan memorandum kepada pihak yang bertanggungjawab.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mari mahu menyerahkan memorandum ini kerana terasa terlalu dianiyai, dulu harga RM5000 (satu tan) kita pun (menceburkan diri) buat sarang (burung walit) tapi sekarang harga hanya RM800 (satu tan),<\/p>\n<p>&#8220;bukan kita mari nak buat kecoh&#8230;dok&#8230;, kita mari nak beritahu kerana kita dah melabur banyak, jadi inta ada satu tindakan yang sesuai supaya harga stabil,&#8221;katanya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/Abd%20Rahim%20Ali.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita7\/Abd%20Rahim%20Ali.jpg\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 7px;\" \/>Para penernak yang hadir dalam himpunan tersebut antaranya dari Ipoh Perak, Bukit Merajam Pulau Pinang, Kuala Kerai dan Kota Bharu Kelantan, Kuantan Pahang dan dari daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Dungun di negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Antara tuntutan para penternak melalui memoandum yang diedarkan kepada pihak media adalah menggesa supaya pihak kerajaan\u00a0 membubarkan sekatan pengekspotan sarang burung Walit mentah.<\/p>\n<p>Selain itu, para penternak menggesa supaya dihentikan sebarang bentuk monopoli dan lesen (permit ekspot) diberi kepada sesiapa yang memohon.<\/p>\n<p>Mereka juga berharap sebarang bentuk bantuan kewangan atau pinjaman bank diberikan kepada sesiapa sahaja yang memohon, tidak kira samada mereka adalah ahli Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia atau tidak.<\/p>\n<p>Para penternak juga menggesa supaya pihak mereka dilibatkan dalam menentukan sesuatu undang-undang atau cadangan dan pertauran yang berkenaan, yang melibatkan secara langsung kepada nasib dan masa depan penternak.<\/p>\n<p>Mereka mahu industri walit Kekal sebagai peniaga bebas dan tidak ada campur tangan hatta oleh pihak kerajaan sekiranya ia tidak boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.<\/p>\n<p>Para penternak juga mencadangkan agar ditubuhkan sebuah koperasi penternak-penternak burung Walit yang boleh memperjuangkan hak-hak mereka dan memberi kebaikan kepada ahli.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/demo%20penternak%20walit0.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 7px;\" \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Kumpulan penternak burung walit tidak mengakui dan menolak Datuk Tok Teng Sai dari Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia sebagai wakil dan jurucakap mereka.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10685,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10685,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":427,"file":"2012\/10\/demo penternak walit0.jpg","filesize":244143,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"5","credit":"","camera":"Canon EOS 550D","caption":"","created_timestamp":"1350732270","copyright":"","focal_length":"18","iso":"100","shutter_speed":"0.016666666666667","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":10688,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/demo penternak walit0.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10688"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10688"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10688\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10685"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10688"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10688"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10688"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}