{"id":10655,"date":"2012-10-17T01:35:31","date_gmt":"2012-10-16T17:35:31","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/10\/tidak-izin-anak-belajar-sebab-sekolah-larang-pakai-tudung\/"},"modified":"2012-10-17T01:35:31","modified_gmt":"2012-10-16T17:35:31","slug":"tidak-izin-anak-belajar-sebab-sekolah-larang-pakai-tudung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tidak-izin-anak-belajar-sebab-sekolah-larang-pakai-tudung\/","title":{"rendered":"Sekolah Larang Murid Perempuan Bertudng; Ibu Bapa Tidak Izin Anak Belajar"},"content":{"rendered":"<p>Mufti wilayah Stavropol, Encik Muhammad Haji Rakhimov, kelmarin berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah.<\/p>\n<p>Katanya, isu tersebut gagal diselesaikan selepas ibu bapa murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu.<\/p>\n<p>&#8220;Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah dan keadaan itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur tangan dan mengambil alih penjagaaan mereka,&#8221; jelas Encik Muhammad.<\/p>\n<p>Beliau tidak dapat menjelaskan mengapa pihak berkuasa sekolah membuat perubahan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Kami tidak berdepan dengan sebarang masalah sebelum bulan ini,&#8221; kata beliau.<\/p>\n<p>Beliau menambah, kini &#8220;ramai pelajar perempuan&#8221; yang tidak dihantar ke sekolah sebab berkenaan dan ibu bapa mereka terlalu miskin bagi menghantar mereka ke sekolah swasta.<\/p>\n<p>Salah sebuah sekolah yang menguatkuasakan larangan itu terletak di kampung Kara-Tyube, berdekatan wilayah Dagestan yang majoritinya penduduk Islam.<\/p>\n<p>Menurut peraturan sekolah itu, penampilan pelajar harus sejajar dengan penampilan masyarakat sekular.<\/p>\n<p>Akhbar Izvestiya menukil pengarah sekolah itu, Cik Marina Savchenko, sebagai berkata pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai hijab di dalam kelas tetapi tudung biasa dibenarkan.<\/p>\n<p>Akhbar itu melaporkan para ibu bapa telah mengemukakan aduan kepada pihak pendakwa raya.<\/p>\n<p>Terdapat sekitar 20 juta penduduk Islam di Russia, dengan sebahagian besar mereka menetap di wilayah pergunungan Caucasus Utara, Tatarstan dan Bashkortostan. &#8211; AFP.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/novosti-tzarnaev-ria.n.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita6\/novosti-tzarnaev-ria.n.jpg\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 7px;\" \/>MOSCOW<\/strong> &#8211; Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sebuah sekolah di selatan Russia selepas pihak sekolah tersebut melarang murid-murid perempuannya memakai tudung.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10654,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10654,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita6\/novosti-tzarnaev-ria.n.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":370,"height":277,"file":"2012\/10\/novosti-tzarnaev-ria.n.jpg","filesize":49132,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":10655,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/novosti-tzarnaev-ria.n.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10655"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10655"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10655\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10655"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10655"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10655"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}