{"id":10638,"date":"2012-10-15T11:12:11","date_gmt":"2012-10-15T03:12:11","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/10\/pemuda-desak-sprm-siasat-umno-sabah\/"},"modified":"2012-10-15T11:12:11","modified_gmt":"2012-10-15T03:12:11","slug":"pemuda-desak-sprm-siasat-umno-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pemuda-desak-sprm-siasat-umno-sabah\/","title":{"rendered":"Pemuda Desak SPRM Siasat Umno Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Ketuanya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata perkara ini bukan perkara kecil kerana ianya sendiri diakui oleh seorang Menteri Umno.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan bahawa, itulah caranya Umno terus kekal berkuasa iaitu dengan mendapat bantuan dari dana asing.<\/p>\n<p>\u201cMereka berhelah dengan mengatakan bahawa PR mendapat dana asing sedangkan kes ini membuktikan sebaliknya.<br \/>Kita mendesak SPRM agar menyiasat perkara ini, kerana berkemungkinan dana itu datang dari mereka yang berkepentingan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Ustaz Mohd Nor melahirkan kebimbangan berkenaan penglibatan pihak asing ini dengan monopoli dan penguasaan kuasa asing terhadap kepimpinan negara dan menjejaskan hala tuju kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>Menurut beliau lagi, tindakan Umno ini bercanggah dengan aspirasi rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih.<\/p>\n<p>Malah hal ini katanya menunjukkan perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno.<\/p>\n<p>\u201cTuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am sanggup disiasat oleh SPRM bagi membuktikan kerajaan mereka bersih dari penyelewengan.<\/p>\n<p>Sedangkan Najib, dia tak mahu mendedahkan siapa penyumbang wang kepada Umno Sabah dan menganggap perkara itu biasa dalam politik,\u201d tambah beliau lagi.<\/p>\n<p>Dalam laporan beberapa buah portal berita, seorang usahawan berbangsa cina yang dikenali sebagai Micheal Chia telah ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong.<\/p>\n<p>Beliau didapati membawa sejumlah wang sebanyak RM40 juta dalam bentuk matawang Singapura dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain mengenai laporan pertemuan antara PM dan George Soros, beliau menegaskan inilah rupa sebenar Umno.<\/p>\n<p>\u201cDulu PM kata sebuah NGO mendapat dana dari Soros, bekas PM pula kata satu undi kepada pembangkang, bermakna satu undi kepada Soros.<\/p>\n<p>Tapi bila ada laporan yang mengatakan bahawa PM juga ada bertemu dengan Soros, dia kata tak ada apa-apa.<\/p>\n<p>Mungkin kita boleh kata satu undi kepada BN bermakna satu undi untuk Soros?,\u201d tanya beliau sinis.<\/p>\n<p>Beberapa hari lalu dalam laporan berita, dinyatakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ada bertemu dengan George Soros, namun Perdana Menteri kemudiannya menyatakan pertemuan itu adalah atas permintaan Soros.<\/p>\n<p>Oleh itu beliau mengajak rakyat untuk melakukan perubahan dan memilih PR dalam PRU akan datang agar PR dapat mendirikan kerajaan yang bersih dan telus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/mnor%20hamzah.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita6\/MNor%20Hamzah.JPG\" width=\"446\" height=\"302\" style=\"float: left; margin: 7px;\" \/>MARANG<\/strong> &#8211; Dewan Pemuda PAS NegeriTerengganu (DPPNT) hari ini mendesak SPRM menyiasat secara terperinci dan menyeluruh berkenaan dana yang dikatakan diperolehi Umno Sabah sebanyak RM40 juta baru-baru ini.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9952,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":9952,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/v6\/images\/stories\/berita62\/mnor%20hamzah.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":448,"height":308,"file":"2012\/07\/mnor hamzah.jpg","filesize":11595,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":12159,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/mnor hamzah.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10638"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10638"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10638\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9952"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10638"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10638"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10638"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}