{"id":10635,"date":"2012-10-14T17:56:11","date_gmt":"2012-10-14T09:56:11","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/10\/petugas-pas-perlu-bersedia-faham-asas-perlembagaan\/"},"modified":"2012-10-14T17:56:11","modified_gmt":"2012-10-14T09:56:11","slug":"petugas-pas-perlu-bersedia-faham-asas-perlembagaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/petugas-pas-perlu-bersedia-faham-asas-perlembagaan\/","title":{"rendered":"Petugas PAS Perlu Bersedia, Faham Asas Perlembagaan"},"content":{"rendered":"<p>&#8220;Mereka tahu bagaimana mahu membelanjakan setiap sen wang rakyat mengikut keutamaan dan menyelesaikan masalah sebenar rakyat samada isu kemiskinan, pekerjaan, pendidikan, perumahan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya&#8221;. <\/p>\n<p>Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dalam satu Majlis Dialog Manifesto PAS Terengganu untuk Pilihanraya Umum Ke-13, bagi DUN Ajil di Tok Randok baru-baru ini. <\/p>\n<p>Menurutnya, Terengganu adalah negeri kedua terkaya berbanding negeri-negeri lain tetapi rakyatnya kedua termiskin dan masih ketinggalan dalam banyak perkara.<\/p>\n<p>Katanya, ia adalah kerana pemimpinnya tidak bijaksana dan banyak berlaku penyelewengan serta pembaziran seperti projek Pertandingan Perahu Layar &#8216;Monsoon Cup&#8217;, Mini Zoo Bukit Takal, projek Pelancungan di Kenyir, stadium runtuh dan sebagainya.<\/p>\n<p>Menyentuh isu tuntutan royalti petroleum yang termasuk dalam 10 tawaran utama manifesto PAS Terengganu, beliau menyatakan, cara paling mudah ialah dengan memenangi pilihanraya bukan saja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan.<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun kerajaan yang ada sekarang telah menarik balik saman tuntutan royalti yang diambil inisiatif oleh kerajaan PAS dahulu, ia menjadi isu kecil sekiranya kita dapat menguasai kerajaan pusat. <\/p>\n<p>&#8220;Bahkan hasil kerajaan negeri akan bertambah berlipat kali ganda kerana pada waktu itu, nilai royalti bukan lagi 5% tetapi bertambah kepada 20% sebagaimana yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga. <\/p>\n<p>&#8220;Bayangkan apa yang kita mampu buat untuk rakyat pada waktu itu,&#8221;tegasnya sewaktu menjawab soalan dari peserta<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan supaya ahli-ahli dan petugas parti memahami asas undang-undang perlembagaan persekutuan. <\/p>\n<p>&#8220;Kita kena faham senarai dan bidang kuasa kerajaan persekutuan seperti kutipan kebanyakan cukai, lebuh raya dan bekalan elektrik seperti mana bidang kuasa kerajaan negeri dalam soal tanah, hutan, air dan pentadbiran agama Islam disamping senarai bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti dalam soal pertanian,&#8221;tambahnya<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" class=\"decoded\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/yaye.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita6\/yaye.jpg\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 7px;\" \/>HULU TERENGGANU<\/strong> &#8211; &#8220;Kemajuan sesebuah negeri itu bukan saja bergantung kepada kekayaan hasil mahsulnya tetapi lebih penting dari itu ialah keazaman politik (political will) pemimpinnya yang amanah dan punya kebijaksanan dalam menguruskan sumber hasil. <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10634,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10634,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita6\/yaye.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":429,"height":311,"file":"2012\/10\/yaye.jpg","filesize":21808,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":10635,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/10\/yaye.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10635"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10635"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10635\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10634"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10635"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10635"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10635"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}