{"id":106141,"date":"2026-04-28T20:26:04","date_gmt":"2026-04-28T12:26:04","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=106141"},"modified":"2026-04-28T20:26:04","modified_gmt":"2026-04-28T12:26:04","slug":"konsep-wasatiyyah-ekonomi-islam-yang-ditutup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/konsep-wasatiyyah-ekonomi-islam-yang-ditutup\/","title":{"rendered":"Konsep Wasatiyyah Ekonomi Islam Yang Ditutup"},"content":{"rendered":"<p>\nPara pemikir bukan Islam yang terperangkap dalam agenda Zionisme (kumpulan bangsa Yahudi yang menentang Allah dan para rasul) dan mereka yang memuja kebendaan semata-mata, menjadikan senjata ekonomi untuk merosakkan makhluk manusia pelbagai bangsa, termasuk juga senjata politik, media dan lain-lain. Semua ini dilakukan untuk memudahkan agenda meletakkan dunia di bawah pengaruhnya.<\/p>\n<p>Dalam aspek ekonomi, mereka meletakkan keutamaan aspek materialistik (kebendaan) yang zahir, yang diukur oleh pancaindera yang dilihat secara zahir, didengar dan dirasakan sahaja. Perhatian hanya diberikan kepada sebahagian daripada fitrah (naluri) kejadian jasad manusia, menjadikan penyelesaian yang tidak melengkapi seluruh ciri fitrah manusia yang berjasad, berakal, bernafsu dan bersifat rohani. <\/p>\n<p>Adapun para pemikir yang mencipta ideologi atau teori tersebut hanya mementingkan aspek ekonomi bagi keperluan jasad, khususnya isi perut, menjadi hanya satu mata rantai yang diputuskan. Kemudian, meninggalkan aspek lain yang lebih penting, khususnya perkara kerohanian (al-din) yang merupakan kurniaan penting daripada Allah, pencipta alam kepada manusia, bagi memandu semua aspek yang lain yang ada pada diri manusia, khususnya akal yang membezakan antara manusia dengan binatang yang bernafsu tanpa akal. <\/p>\n<p>Nafsu juga merupakan fitrah manusia, namun menjadikannya tanpa kawalan bersama akal dan tanpa sempadan rohani yang mengawal; boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar bukan sahaja terhadap manusia, bahkan juga terhadap alam. Sedangkan, manusia ditetapkan tujuan kejadiannya untuk beribadat, berkhalifah (mentadbir dunia)  dan beramanah menegakkan keadilan Ilahi berpandukan agama (dengan makna al-din bukan religion).<\/p>\n<p>Dalam aspek pengurusan ekonomi, hanya diperkenalkan dua ideologi yang berkonsepkan kebendaan yang dibawa oleh para pemikir Zionis yang menyembah kebendaan, yang mempengaruhi kaum Yahudi (Bani Isra\u2019il) yang dilaknat Allah. Tokoh pemikir seperti Adam Smith dan Karl Marx serta pengikutnya dijenamakan sebagai golongan haluan kanan dan haluan kiri. Disembunyikan Islam, petunjuk Allah yang dibawa oleh para anbiya\u2019 yang paling dimusuhi oleh Bani Isra\u2019il (Zionis).<\/p>\n<p>Kanannya, liberal kapitalisme dan mazhabnya yang bercirikan individualistik (kedirian masing-masing), di samping kirinya komunisme dan sosialisme serta mazhabnya yang bercirikan masyarakat madani. Kedua-duanya adalah fitrah lahiriah manusia yang tidak boleh dihapuskan dan diasingkan.<\/p>\n<p>Liberal Kapitalisme <\/p>\n<p>Liberalisme ekonomi ialah sebuah sistem ekonomi yang berasaskan prinsip kebebasan individu, hak milik peribadi dan pasaran bebas tanpa campur tangan kerajaan yang keterlaluan. Fahaman ini lahir daripada fitrah individualistik (sifat mementingkan diri sahaja) yang menekankan hak setiap individu untuk menjalankan aktiviti ekonomi, memiliki harta dan membuat keputusan perniagaan sendiri tanpa sekatan, dikatakan selagi ia tidak melanggar hak orang lain dengan undang-undang zahir yang tidak dikawal olah rohaninya.<\/p>\n<p>Mekanisme pasaran (permintaan dan penawaran atau demand and supply) yang menentukan harga barang, pengeluaran, dan agihan sumber, bukannya dirancang oleh pemerintah.<\/p>\n<p>\u2022 Hak Milik Persendirian: Individu atau syarikat swasta mempunyai hak mutlak untuk memiliki, menggunakan, dan melupuskan harta atau modal (capital) mereka.<\/p>\n<p>\u2022 Peranan Kerajaan Terhad: Dalam liberal kapitalisme, peranan kerajaan adalah terhad, biasanya hanya tertumpu kepada melindungi hak milik, menguatkuasakan kontrak, dan menyediakan undang-undang yang perlu untuk pasaran berfungsi.<\/p>\n<p>\u2022 Persaingan: Sistem ini menggalakkan persaingan yang sihat antara pengeluar, yang dianggap dapat meningkatkan kualiti produk dan menurunkan harga untuk pengguna. <\/p>\n<p>Secara keseluruhannya, ia adalah gabungan prinsip liberalisme yang mengutamakan kebebasan individu terutamanya dalam aspek demokrasi dan ekonomi, dengan sistem ekonomi kapitalis yang berprinsip sekularisme dan tidak ada kaitan dengan agama, khususnya setelah mencapai kemajuan kebendaan kerana sempadan agama adalah hak peribadi yang berasingan dengan urusan kehidupan manusia. <\/p>\n<p>Komunisme dan Sosialisme <\/p>\n<p>Berlaku kemunculan ideologi kiri, sama ada mazhab komunisme yang ekstrem atau sosialisme yang moderat adalah reaksi daripada kebebasan individu yang mengancam kehidupan bermasyarakat yang menjadi fitrah manusia.<\/p>\n<p>Komunisme ialah ideologi politik, ekonomi dan sosial yang bertujuan mewujudkan masyarakat tanpa kelas, kemuncaknya tanpa negara dan tanpa wang, di mana alat pengeluaran dan harta benda dimiliki secara bersama oleh masyarakat. Fahaman ini diasaskan daripada prinsip kesamarataan, menekankan pemilikan negara terhadap ekonomi dan barang pengguna, serta sering kali dikaitkan dengan perjuangan kelas dan penolakan kepercayaan kepada Tuhan yang dianggap menghalang urusan manusia.<\/p>\n<p>Sosialisme merupakan teori moderat daripada komunisme yang ekstrem. Sistem organisasi sosial dan ekonomi, di mana salah satu ciri utamanya ialah hasil kekayaan negara serta alat dan pengurusan mengerjakan sumber kekayaan dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata, baik melalui pemilikan negara, kolektif, koperasi atau tuntutan semula wang pelaburan. Fahaman ini tiada tafsiran tunggal utama yang mampu memenuhi semua inti patinya, dengan pemilikan sosial menjadi unsur umum yang dimiliki oleh pelbagai variannya. Namun, sosialisme umumnya difahamkan bertujuan membela masyarakat daripada digunakan tenaganya secara tidak adil dan menggalakkan kemajuan diri sesama anggotanya. Adapun sikap terhadap agama berkonsepkan sekularisme juga, tetapi dengan cara yang tidak ekstrem.<\/p>\n<p>Kapitalisme yang liberal, komunisme yang ekstrem dan sosialisme yang moderat, semuanya berkonsepkan kebendaan yang bernaung di bawah sekularisme yang berpisah daripada agama. <\/p>\n<p>Komunisme merosakkan ekonomi negara Blok Timur dan masyarakatnya sehingga merudumnya kuasa besar Kesatuan Soviet pada abad yang lalu, walaupun pengikutnya melakukan perubahan pelbagai mazhab daripada Leninisme (berdasarkan Vladimir Lenin), Stalinisme (berdasarkan Joseph Stalin) dan Maoisme (berdasarkan Mao Zedong), seterusnya kepada keterbukaan. <\/p>\n<p>Kini, lahirnya tanda-tanda merudumnya liberal kapitalisme yang menjadi lebih ekstrem dalam persaingan politik penjajahan serta melanggar prinsip demokrasi kepada diktator (dictatorship) dan bersaing dengan blok kiri. <\/p>\n<p>Kedua-dua aliran tersebut tidak boleh menghapuskan fitrah individualistik dan fitrah masyarakat madani. Hal ini menjadikan teori hanya bersifat bertulis dan berfikir, kerana tidak mungkin menghapuskan fitrah manusia.<\/p>\n<p>Islam<\/p>\n<p>Adapun Islam berasal daripada perkataan al-din dan memenuhi ciri fitrah manusia bercirikan jasad, roh, akal, nafsu dan bermasyarakat. Ditetapkan syariat yang sempurna (ajaran petunjuk Allah pencipta manusia) memenuhi rukun hidup yang menjadi maqasid al-syari\u2018ah dalam Islam bagi memelihara al-din (agama yang mengawasi hubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan makhluk yang lain) melalui kepercayaan aqidah kerohanian, bukan ibadat hubungan dengan Tuhan sahaja. Kemudian, diikuti dengan menjaga nyawa, akal, keturunan (keluarga dan masyarakat), dan harta (ekonomi) yang berada dalam sempadan agama (al-din). Semua aspek tersebut laksana mata rantai yang tidak boleh diasingkan.<\/p>\n<p>Hidayah yang dinamakan al-din yang sempurna bercirikan wasatiyyah (adil dan sederhana) bersifat pertengahan, yang tidak rebah ke kanan dan tidak tersungkur ke kiri kerana perjalanan hidup yang tidak istiqamah (konsisten) dan melanggar fitrah. <\/p>\n<p>Adapun Islam, ditegaskan oleh firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0647\u064e\u0670\u0630\u064e\u0627 \u0635\u0650\u0631\u064e\u0670\u0637\u0650\u064a \u0645\u064f\u0633\u06e1\u062a\u064e\u0642\u0650\u064a\u0645\u0657\u0627 \u0641\u064e\u0671\u062a\u0651\u064e\u0628\u0650\u0639\u064f\u0648\u0647\u064f\u06d6 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062a\u0651\u064e\u0628\u0650\u0639\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0633\u0651\u064f\u0628\u064f\u0644\u064e \u0641\u064e\u062a\u064e\u0641\u064e\u0631\u0651\u064e\u0642\u064e \u0628\u0650\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0639\u064e\u0646 \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650\u0647\u0650\u06e6\u06da \u0630\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0648\u064e\u0635\u0651\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u062a\u064e\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0646\u064e \u0661\u0665\u0663<\/p>\n<p>\u201cDan bahawa (yang Kami perintahkan ini) ialah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya yang betul. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.\u201d [Surah al-An\u2018am: 153]<\/p>\n<p>Dalam aspek ekonomi, semua teori ciptaan manusia itu beraqidah kebendaan. Ideologi liberal kapitalisme (kanan) mementingkan hak individualistik (kedirian), adapun ideologi komunisme dan sosialisme (kiri) mementingkan kemasyarakatan. Kedua-duanya adalah fitrah (naluri) kejadian manusia yang tidak boleh dihapuskan. Kedua-dua fitrah tersebut memerlukan kawalan saksama yang menjamin keadilan semua pihak. <\/p>\n<p>Kita telah menyaksikan keruntuhan Blok Timur pada abad yang lalu. Kini, kita sedang menyaksikan kemerosotan Blok Barat, walaupun melakukan perubahan ke arah mazhab pragmatisme sehingga menjadi diktator.<\/p>\n<p>Al-Quran menunjukkan firman Allah SWT yang ringkas:<\/p>\n<p>\u0645\u0651\u064e\u0627\u0653 \u0623\u064e\u0641\u064e\u0627\u0653\u0621\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0645\u0650\u0646\u06e1 \u0623\u064e\u0647\u06e1\u0644\u0650 \u0671\u0644\u06e1\u0642\u064f\u0631\u064e\u0649\u0670 \u0641\u064e\u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0630\u0650\u064a \u0671\u0644\u06e1\u0642\u064f\u0631\u06e1\u0628\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0671\u0644\u06e1\u064a\u064e\u062a\u064e\u0670\u0645\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0671\u0644\u06e1\u0645\u064e\u0633\u064e\u0670\u0643\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0671\u0628\u06e1\u0646\u0650 \u0671\u0644\u0633\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0643\u064e\u064a\u06e1 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064e \u062f\u064f\u0648\u0644\u064e\u0629\u064e\u06e2 \u0628\u064e\u064a\u06e1\u0646\u064e \u0671\u0644\u06e1\u0623\u064e\u063a\u06e1\u0646\u0650\u064a\u064e\u0627\u0653\u0621\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u06e1\u06da \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0653 \u0621\u064e\u0627\u062a\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0641\u064e\u062e\u064f\u0630\u064f\u0648\u0647\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0647\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0639\u064e\u0646\u06e1\u0647\u064f \u0641\u064e\u0671\u0646\u062a\u064e\u0647\u064f\u0648\u0627\u0652\u06da \u0648\u064e\u0671\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e\u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0634\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064f \u0671\u0644\u06e1\u0639\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0667<\/p>\n<p>\u201cApa sahaja harta yang diambil secara damai (al-fai\u2019) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) yang berasal daripada penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang berada dalam perjalanan, supaya harta itu tidak beredar antara orang-orang kaya saja antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukuman-Nya.\u201d [Surah al-Hasyr: 7]<\/p>\n<p>Ayat di atas menunjukkan beberapa perkara sebagaimana berikut:<\/p>\n<p>1. Semua harta negara daripada hasil bumi dan masyarakat majmuk bukan Islam diambil secara percukaian seperti jizyah (cukai keselamatan), kharaj (cukai pertanian), usyur (cukai perniagaan) dan lain-lain.<\/p>\n<p>2. Adapun penganut Islam pula diwajibkan menunaikan zakat yang bersifat ibadat harta yang tidak boleh diubah dan dibatalkan, berbeza sama sekali dengan cukai.<\/p>\n<p>3. Di sana terdapat hak masyarakat umum. Sabda Rasulullah SAW:<\/p>\n<p>\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0634\u064f\u0631\u064e\u0643\u064e\u0627\u0621\u064f \u0641\u0650\u064a \u062b\u064e\u0644\u064e\u0627\u062b\u064d\u061b \u200c\u0641\u0650\u064a \u200c\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650\u060c \u200c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0644\u064e\u0623\u0650\u060c \u200c\u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0631\u0650.<\/p>\n<p>\u201cManusia itu mempunyai hak bersama pada tiga perkara; iaitu air, padang ragut dan api (sumber tenaga).\u201d [Hadis riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Bab al-Ruhun, no. 2472, daripada Ibn \u2018Abbas]<\/p>\n<p>4. Hak individu dan masyarakat merupakan hak yang tidak boleh dinafikan.<\/p>\n<p>Huraian ayat 7 Surah al-Hasyr, iaitu:<\/p>\n<p>\u0645\u0651\u064e\u0627\u0653 \u0623\u064e\u0641\u064e\u0627\u0653\u0621\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0645\u0650\u0646\u06e1 \u0623\u064e\u0647\u06e1\u0644\u0650 \u0671\u0644\u06e1\u0642\u064f\u0631\u064e\u0649\u0670 \u0641\u064e\u0644\u0650\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650<\/p>\n<p>\u201cApa saja harta yang diambil secara damai (al-fai\u2019) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah &#8230;\u201d<\/p>\n<p>Hasil ini diurus mengikut hukum Allah oleh Rasulullah SAW untuk tujuan:<\/p>\n<p>1. Keperluan rakyat dan kemudahan kehidupannya yang ditadbir oleh Rasulullah SAW bersama pembantunya, dibahagikan dengan adil peruntukan dalam urusannya dan kepada para petugasnya.<\/p>\n<p>2. Sebahagiannya diperuntukkan bagi keperluan diri Rasulullah SAW dan kaum keluarganya&#8230;.)  (&#8230; \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0650\u0630\u0650\u064a \u0671\u0644\u06e1\u0642\u064f\u0631\u06e1\u0628\u064e\u0649\u0670<\/p>\n<p>3. Sebahagian lagi bagi mereka yang memerlukan bantuan secara langsung seperti rakyat miskin, anak yatim dan yang menghadapi masalah perjalanan. (&#8230; \u0648\u064e\u0671\u0644\u06e1\u064a\u064e\u062a\u064e\u0670\u0645\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u0671\u0644\u06e1\u0645\u064e\u0633\u064e\u0670\u0643\u0650\u064a\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0671\u0628\u06e1\u0646\u0650 \u0671\u0644\u0633\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 &#8230;)<\/p>\n<p>4. Islam melarang harta kekayaan dimonopoli oleh kalangan kaya-raya yang tertentu sahaja, dengan kebebasan hak individu yang tidak dirampas dan disekat seperti fahaman kiri, dan tidak bebas melampau seperti fahaman kanan dengan kewajipan untuk bermasyarakat. (&#8230; \u0643\u064e\u064a\u06e1 \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064e \u062f\u064f\u0648\u0644\u064e\u0629\u064e\u06e2 \u0628\u064e\u064a\u06e1\u0646\u064e \u0671\u0644\u06e1\u0623\u064e\u063a\u06e1\u0646\u0650\u064a\u064e\u0627\u0653\u0621\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u06e1\u06da &#8230;)<\/p>\n<p>Semua pihak diwajibkan mengikut sempadan perintah Allah dalam kebebasan diri dan hak bermasyarakat:<\/p>\n<p>&#8230; \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627\u0653 \u0621\u064e\u0627\u062a\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0641\u064e\u062e\u064f\u0630\u064f\u0648\u0647\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0647\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0639\u064e\u0646\u06e1\u0647\u064f \u0641\u064e\u0671\u0646\u062a\u064e\u0647\u064f\u0648\u0627\u0652\u06da \u0648\u064e\u0671\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e\u06d6 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0634\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064f \u0671\u0644\u06e1\u0639\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0667 <\/p>\n<p>\u201c&#8230; Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.\u201d [Surah al-Hasyr: 7]<\/p>\n<p>Sifat taqwa dalam Islam mewajibkan seseorang hamba mentaati Allah serta adanya perhitungan dosa dan pahala serta balasan pada Hari Akhirat kelak, bukan sahaja dalam urusan ibadat. Perhitungan dan balasannya meliputi semua urusan manusia, termasuk urusan ekonomi. Inilah aspek rohani yang mengawal akal dan nafsu, yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, khususnya binatang.<\/p>\n<p>Kezaliman ekonomi yang diharamkan bukan sahaja dalam aspek perbelanjaan, tetapi termasuk juga dalam aspek memungut zakat dan cukai daripada mereka yang berada. Sabda Rasulullah SAW:<\/p>\n<p>\u0641\u064e\u0623\u064e\u062e\u0652\u0628\u0650\u0631\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064e \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0641\u064e\u0631\u064e\u0636\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u200c\u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0629\u064b \u200c\u062a\u064f\u0624\u0652\u062e\u064e\u0630\u064f \u200c\u0645\u0650\u0646\u0652 \u200c\u0623\u064e\u063a\u0652\u0646\u0650\u064a\u064e\u0627\u0626\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u200c\u0641\u064e\u062a\u064f\u0631\u064e\u062f\u0651\u064f \u200c\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u200c\u0641\u064f\u0642\u064e\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0637\u064e\u0627\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0628\u0650\u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u064a\u0651\u064e\u0627\u0643\u064e \u0648\u064e\u0643\u064e\u0631\u064e\u0627\u0626\u0650\u0645\u064e \u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652\u060c \u0648\u064e\u0627\u062a\u0651\u064e\u0642\u0650 \u062f\u064e\u0639\u0652\u0648\u064e\u0629\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0638\u0652\u0644\u064f\u0648\u0645\u0650\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u062d\u0650\u062c\u064e\u0627\u0628\u064c.<\/p>\n<p>\u201cMaka, beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan sedekah diambil daripada mereka yang kaya, maka dibelanjakan kepada mereka yang memerlukan. Apabila mereka menunaikan apa yang diwajibkan. Jangan sekali-kali berlaku zalim apabila mengambil harta mereka, kerana doa orang yang dizalimi tidak dihalang oleh Allah.\u201d [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Zakah, no. 1496, daripada Ibn \u2018Abbas]<\/p>\n<p>Selain itu, dilarang untuk membazir (perbelanjaan yang tidak ada apa-apa faedah). Firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u0648\u064e\u0621\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0630\u064e\u0627 \u0671\u0644\u06e1\u0642\u064f\u0631\u06e1\u0628\u064e\u0649\u0670 \u062d\u064e\u0642\u0651\u064e\u0647\u064f\u06e5 \u0648\u064e\u0671\u0644\u06e1\u0645\u0650\u0633\u06e1\u0643\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0671\u0628\u06e1\u0646\u064e \u0671\u0644\u0633\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0628\u064e\u0630\u0651\u0650\u0631\u06e1 \u062a\u064e\u0628\u06e1\u0630\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0662\u0666     <\/p>\n<p>\u201cDan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang berada dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.\u201d [Surah al-Isra\u2019: 26]<\/p>\n<p>Diharamkan melakukan pembaziran seperti memberi sumbangan kepada mereka yang tidak berhak, memberi subsidi kepada golongan kaya-raya yang tidak memerlukan bantuan. Begitu juga, sebaliknya menafikan pemberian kepada golongan yang berhak menerima bantuan. <\/p>\n<p>Islam juga mengharamkan pengambilan harta secara haram seperti rasuah. Firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0623\u06e1\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0653\u0627\u0652 \u0623\u064e\u0645\u06e1\u0648\u064e\u0670\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0628\u064e\u064a\u06e1\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0671\u0644\u06e1\u0628\u064e\u0670\u0637\u0650\u0644\u0650 \u0648\u064e\u062a\u064f\u062f\u06e1\u0644\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\u0653 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0671\u0644\u06e1\u062d\u064f\u0643\u0651\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0644\u0650\u062a\u064e\u0623\u06e1\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0641\u064e\u0631\u0650\u064a\u0642\u0657\u0627 \u0645\u0651\u0650\u0646\u06e1 \u0623\u064e\u0645\u06e1\u0648\u064e\u0670\u0644\u0650 \u0671\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0628\u0650\u0671\u0644\u06e1\u0625\u0650\u062b\u06e1\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u062a\u064f\u0645\u06e1 \u062a\u064e\u0639\u06e1\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0661\u0668\u0668<\/p>\n<p>\u201cDan janganlah sebahagian daripada kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.\u201d [Surah al-Baqarah: 188]<\/p>\n<p>Dosa ekonomi paling besar yang berlaku pada zaman kini ialah riba. Firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u064a\u064e\u0640\u0670\u0653\u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0671\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0621\u064e\u0627\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0648\u064e\u0630\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0642\u0650\u064a\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u0631\u0651\u0650\u0628\u064e\u0648\u0670\u0653\u0627\u0652 \u0625\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0646\u062a\u064f\u0645 \u0645\u0651\u064f\u0624\u06e1\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0662\u0667\u0668 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646 \u0644\u0651\u064e\u0645\u06e1 \u062a\u064e\u0641\u06e1\u0639\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0641\u064e\u0623\u06e1\u0630\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0628\u0650\u062d\u064e\u0631\u06e1\u0628\u0656 \u0645\u0651\u0650\u0646\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650\u0647\u0650\u06e6\u06d6 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646 \u062a\u064f\u0628\u06e1\u062a\u064f\u0645\u06e1 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0631\u064f\u0621\u064f\u0648\u0633\u064f \u0623\u064e\u0645\u06e1\u0648\u064e\u0670\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0638\u06e1\u0644\u0650\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064f\u0638\u06e1\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0662\u0667\u0669 <\/p>\n<p>\u201cWahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut), jika kamu orang-orang yang beriman. (278) Maka, jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. (279)\u201d [Surah al-Baqarah: 278-279]<\/p>\n<p>Dosa parah yang menjadi barah mulai peringkat individu sehingga negara, malah peringkat antarabangsa oleh Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).<\/p>\n<p>Mengurus perbelanjaan juga hendaklah bersifat wasatiyyah (kesederhanaan), tidak bakhil dan tidak boros. Firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u062c\u06e1\u0639\u064e\u0644\u06e1 \u064a\u064e\u062f\u064e\u0643\u064e \u0645\u064e\u063a\u06e1\u0644\u064f\u0648\u0644\u064e\u0629\u064b \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0639\u064f\u0646\u064f\u0642\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0628\u06e1\u0633\u064f\u0637\u06e1\u0647\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0644\u0651\u064e \u0671\u0644\u06e1\u0628\u064e\u0633\u06e1\u0637\u0650 \u0641\u064e\u062a\u064e\u0642\u06e1\u0639\u064f\u062f\u064e \u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0645\u0657\u0627 \u0645\u0651\u064e\u062d\u06e1\u0633\u064f\u0648\u0631\u064b\u0627 \u0662\u0669<\/p>\n<p>\u201cDan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (boros), kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.\u201d [Surah al-Isra\u2019: 29]<\/p>\n<p>Ini menunjukkan bahawa Islam meletakkan semua aspek kehidupan manusia, daripada ajaran agama Islam yang tidak boleh dipisahkan, termasuk aspek ekonomi yang berkait dengan sifat taqwa dan aqidah Islamiah. <\/p>\n<p>Islam tidak menghapuskan kebebasan individu, dengan kawalan agama yang tidak menzalimi masyarakat dengan kewajipan yang wajib ditunaikan seperti zakat, waqaf dan lain-lain yang disunatkan serta digalakkan. Berbeza dengan kebebasan liberal kapitalisme dan kongkongan sosialisme terhadap kebebasan individu.<\/p>\n<p>Islam mengharamkan monopoli kekayaan, penipuan rasuah dan segala bentuk kezaliman ekonomi. Bahkan, Islam tidak merampas kekayaan individu dan mewajibkan keadilan bermasyarakat. Perkara ini membezakan antara Islam dengan sosialisme dan komunisme.<\/p>\n<p>Perlumbaan ekonomi yang tidak terkawal dalam kalangan manusia mencetuskan ketegangan dalam kehidupan bermasyarakat, sehingga boleh mencetuskan peperangan akibat liberalisme yang melampau. <\/p>\n<p>Bermula dengan era penjajahan oleh liberal kapitalisme, diikuti oleh pemberontakan daripada komunisme dan sosialisme, sehingga mencetuskan perang bersenjata dan perang dingin yang tidak berkesudahan. Akibat daripada merungkai penyusunan kehidupan individu dan bermasyarakat yang ditetapkan oleh Allah.<\/p>\n<p>Firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u064a\u064e\u0640\u0670\u0653\u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0671\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u0671\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0631\u064e\u0628\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u064f \u0671\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0651\u0650\u0646 \u0646\u0651\u064e\u0641\u06e1\u0633\u0656 \u0648\u064e\u0670\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u0656 \u0648\u064e\u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u064e \u0645\u0650\u0646\u06e1\u0647\u064e\u0627 \u0632\u064e\u0648\u06e1\u062c\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u062b\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u06e1\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0631\u0650\u062c\u064e\u0627\u0644\u0657\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u0657\u0627 \u0648\u064e\u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0653\u0621\u0657\u06da \u0648\u064e\u0671\u062a\u0651\u064e\u0642\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0671\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a \u062a\u064e\u0633\u064e\u0627\u0653\u0621\u064e\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0647\u0650\u06e6 \u0648\u064e\u0671\u0644\u06e1\u0623\u064e\u0631\u06e1\u062d\u064e\u0627\u0645\u064e\u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u06e1\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0631\u064e\u0642\u0650\u064a\u0628\u0657\u0627 \u0661<\/p>\n<p>\u201cWahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya, Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.\u201d [Surah al-Nisa\u2019: 1]<\/p>\n<p>Firman Allah SWT:<\/p>\n<p>\u064a\u064e\u0640\u0670\u0653\u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0671\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u064f \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0627 \u062e\u064e\u0644\u064e\u0642\u06e1\u0646\u064e\u0670\u0643\u064f\u0645 \u0645\u0651\u0650\u0646 \u0630\u064e\u0643\u064e\u0631\u0656 \u0648\u064e\u0623\u064f\u0646\u062b\u064e\u0649\u0670 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u06e1\u0646\u064e\u0670\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0634\u064f\u0639\u064f\u0648\u0628\u0657\u0627 \u0648\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0627\u0653\u0626\u0650\u0644\u064e \u0644\u0650\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0631\u064e\u0641\u064f\u0648\u0653\u0627\u0652\u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0623\u064e\u0643\u06e1\u0631\u064e\u0645\u064e\u0643\u064f\u0645\u06e1 \u0639\u0650\u0646\u062f\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062a\u06e1\u0642\u064e\u0649\u0670\u0643\u064f\u0645\u06e1\u06da \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0671\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064c \u062e\u064e\u0628\u0650\u064a\u0631\u065e \u0661\u0663 <\/p>\n<p>\u201cWahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam AS) dan seorang perempuan (Hawwa\u2019), serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.\u201d [Surah al-Hujurat: 13]<\/p>\n<p>Ajaran Islam meletakkan kegiatan ekonomi sebahagian daripada amal soleh, apabila ia dikawal oleh aqidah dan akhlak yang mulia. Semua aktiviti ekonomi yang memberi kemudahan kepada masyarakat adalah fardu kifayah dalam semua aspek, seperti perniagaan, pertanian dan sebagainya.<\/p>\n<p>Teori liberal kapitalisme menjadikan semua manusia kaya-raya, manakala teori komunisme dan sosialisme pula menjadikan semua manusia sama rata tanpa ada kelas dalam masyarakat, adalah bercanggah dengan kejadian ketetapan Allah. Hal ini demikian kerana, tidak mungkin semua manusia menjadi majikan dan semuanya menjadi pekerja. Tidak ada majikan adalah mustahil, tidak ada pekerja juga adalah mustahil. Begitu juga teori menghapuskan kemiskinan dan kefakiran, kerana taraf pemikiran, kebolehan dan kemahiran yang tidak sama.<\/p>\n<p>Firman Allah SWT: <\/p>\n<p>\u0623\u064e\u0647\u064f\u0645\u06e1 \u064a\u064e\u0642\u06e1\u0633\u0650\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0631\u064e\u062d\u06e1\u0645\u064e\u062a\u064e \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u0643\u064e\u06da \u0646\u064e\u062d\u06e1\u0646\u064f \u0642\u064e\u0633\u064e\u0645\u06e1\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u064a\u06e1\u0646\u064e\u0647\u064f\u0645 \u0645\u0651\u064e\u0639\u0650\u064a\u0634\u064e\u062a\u064e\u0647\u064f\u0645\u06e1 \u0641\u0650\u064a \u0671\u0644\u06e1\u062d\u064e\u064a\u064e\u0648\u0670\u0629\u0650 \u0671\u0644\u062f\u0651\u064f\u0646\u06e1\u064a\u064e\u0627\u06da \u0648\u064e\u0631\u064e\u0641\u064e\u0639\u06e1\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u06e1\u0636\u064e\u0647\u064f\u0645\u06e1 \u0641\u064e\u0648\u06e1\u0642\u064e \u0628\u064e\u0639\u06e1\u0636\u0656 \u062f\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0670\u062a\u0656 \u0644\u0651\u0650\u064a\u064e\u062a\u0651\u064e\u062e\u0650\u0630\u064e \u0628\u064e\u0639\u06e1\u0636\u064f\u0647\u064f\u0645 \u0628\u064e\u0639\u06e1\u0636\u0657\u0627 \u0633\u064f\u062e\u06e1\u0631\u0650\u064a\u0651\u0657\u0627\u06d7 \u0648\u064e\u0631\u064e\u062d\u06e1\u0645\u064e\u062a\u064f \u0631\u064e\u0628\u0651\u0650\u0643\u064e \u062e\u064e\u064a\u06e1\u0631\u065e \u0645\u0651\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062c\u06e1\u0645\u064e\u0639\u064f\u0648\u0646\u064e \u0663\u0662<\/p>\n<p>\u201cAdakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan bagi mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.\u201d [Surah al-Zukhruf: 32]<\/p>\n<p>Semuanya dilakukan dengan adab dan akhlak yang mulia, mengikut sempadan kejadian manusia yang hanya dipenuhi oleh Islam dalam segala aspek, termasuk aspek ekonomi yang tidak boleh dipenuhi oleh ideologi kanan mahupun ideologi kiri. <\/p>\n<p>Islam pernah mentadbir negara besar yang berjaya, aman dan adil kepada semua selama beberapa abad lamanya dan dalam tempoh masa yang paling lama bagi sebuah kuasa besar dunia. Islam memerintah sebahagian daripada tiga benua besar, iaitu Asia, Afrika Utara dan Eropah Selatan.<\/p>\n<p>Kelemahan berlaku kepada umat Islam kerana mereka meninggalkan ajarannya, setelah lama dan leka memerintah dalam tempoh masa yang panjang. Adapun ideologi yang terjunam adalah kerana kelemahan ajarannya yang tidak sempurna, disebabkan kelemahan manusia yang bersifat makhluk, meninggalkan petunjuk Allah Pencipta alam.<\/p>\n<p>Islam mempunyai kesempurnaan dan kekuatan tersendiri yang tidak perlu menumpang atau memplagiat teori dan ideologi yang lain. <\/p>\n<p>ABDUL HADI AWANG<br \/>\nPresiden PAS<\/p>\n<p>Bertarikh: 10 Zulqa\u2018dah 1447 \/ 28 April 2026<\/p>\n<p>[Bil: 29 \/ 2026]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Para pemikir bukan Islam yang terperangkap dalam agenda Zionisme (kumpulan bangsa Yahudi yang menentang Allah dan para rasul) dan mereka yang memuja kebendaan semata-mata, menjadikan senjata ekonomi untuk merosakkan makhluk manusia pelbagai bangsa, termasuk juga senjata politik, media dan lain-lain. Semua ini dilakukan untuk memudahkan agenda meletakkan dunia di bawah pengaruhnya. Dalam aspek ekonomi, mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":106142,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":106142,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2560,"height":1948,"file":"2026\/04\/IMG_20260428_202509-scaled.webp","filesize":115944,"sizes":{"medium_large":{"file":"IMG_20260428_202509-768x584.webp","width":768,"height":584,"mime-type":"image\/webp","filesize":28076,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-768x584.webp"},"1536x1536":{"file":"IMG_20260428_202509-1536x1169.webp","width":1536,"height":1169,"mime-type":"image\/webp","filesize":61906,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-1536x1169.webp"},"2048x2048":{"file":"IMG_20260428_202509-2048x1558.webp","width":2048,"height":1558,"mime-type":"image\/webp","filesize":87302,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-2048x1558.webp"},"td_80x60":{"file":"IMG_20260428_202509-80x60.webp","width":80,"height":60,"mime-type":"image\/webp","filesize":1434,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-80x60.webp"},"td_100x70":{"file":"IMG_20260428_202509-100x70.webp","width":100,"height":70,"mime-type":"image\/webp","filesize":1958,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-100x70.webp"},"td_218x150":{"file":"IMG_20260428_202509-218x150.webp","width":218,"height":150,"mime-type":"image\/webp","filesize":5630,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-218x150.webp"},"td_265x198":{"file":"IMG_20260428_202509-265x198.webp","width":265,"height":198,"mime-type":"image\/webp","filesize":8006,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-265x198.webp"},"td_324x160":{"file":"IMG_20260428_202509-324x160.webp","width":324,"height":160,"mime-type":"image\/webp","filesize":6354,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-324x160.webp"},"td_324x235":{"file":"IMG_20260428_202509-324x235.webp","width":324,"height":235,"mime-type":"image\/webp","filesize":10042,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-324x235.webp"},"td_324x400":{"file":"IMG_20260428_202509-324x400.webp","width":324,"height":400,"mime-type":"image\/webp","filesize":14112,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-324x400.webp"},"td_356x220":{"file":"IMG_20260428_202509-356x220.webp","width":356,"height":220,"mime-type":"image\/webp","filesize":9428,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-356x220.webp"},"td_356x364":{"file":"IMG_20260428_202509-356x364.webp","width":356,"height":364,"mime-type":"image\/webp","filesize":14922,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-356x364.webp"},"td_533x261":{"file":"IMG_20260428_202509-533x261.webp","width":533,"height":261,"mime-type":"image\/webp","filesize":10782,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-533x261.webp"},"td_534x462":{"file":"IMG_20260428_202509-534x462.webp","width":534,"height":462,"mime-type":"image\/webp","filesize":20518,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-534x462.webp"},"td_696x0":{"file":"IMG_20260428_202509-696x530.webp","width":696,"height":530,"mime-type":"image\/webp","filesize":25392,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-696x530.webp"},"td_696x385":{"file":"IMG_20260428_202509-696x385.webp","width":696,"height":385,"mime-type":"image\/webp","filesize":17190,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-696x385.webp"},"td_741x486":{"file":"IMG_20260428_202509-741x486.webp","width":741,"height":486,"mime-type":"image\/webp","filesize":22660,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-741x486.webp"},"td_1068x580":{"file":"IMG_20260428_202509-1068x580.webp","width":1068,"height":580,"mime-type":"image\/webp","filesize":26776,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-1068x580.webp"},"td_1068x0":{"file":"IMG_20260428_202509-1068x813.webp","width":1068,"height":813,"mime-type":"image\/webp","filesize":40488,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-1068x813.webp"},"td_0x420":{"file":"IMG_20260428_202509-552x420.webp","width":552,"height":420,"mime-type":"image\/webp","filesize":19230,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-552x420.webp"}},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]},"original_image":"IMG_20260428_202509.webp"},"post":106141,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/IMG_20260428_202509-scaled.webp"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/106141"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=106141"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/106141\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":106143,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/106141\/revisions\/106143"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/106142"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=106141"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=106141"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=106141"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}