{"id":10359,"date":"2012-09-14T11:20:16","date_gmt":"2012-09-14T03:20:16","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/09\/3000-bantah-penerbitan-filem-innocence-of-muslims\/"},"modified":"2012-09-14T11:20:16","modified_gmt":"2012-09-14T03:20:16","slug":"3000-bantah-penerbitan-filem-innocence-of-muslims","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/3000-bantah-penerbitan-filem-innocence-of-muslims\/","title":{"rendered":"3000 Bantah penerbitan filem \u2018Innocence of Muslims\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Presiden PAS turut hadir dan menyampaikan \u2018Amanat\u2019 penting dalam bantahan terhadap filem berjudul \u2018Innocence of Muslims\u2019 itu.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan tegas, melarang mana-mana pihak menghina batang tubuh Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan menghina Nabi agung SAW bermakna melanggar \u2018lampu merah\u2019 dan tidak dibolehkan sama sekali.<\/p>\n<p>Bahkan, kata Ustaz Abdul Hadi, ada ulama\u2019 yang berpendapat jika batang tubuh Nabi SAW dihina, umat Islam boleh \u2018bertindak\u2019 tanpa perlu dibawa ke mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cHari ini kita (umat Islam) berkumpul bersama seluruh umat Islam untuk menyatakan bantahan kepada satu filem yang sengaja diterbitkan untuk menghina peribadi Nabi Muhammad SAW dan menghina umat Islam. <\/p>\n<p>\u201cManusia yang dipilih oleh Allah SWT, bukan dipilih melalui pilihan raya. Tuhan (Allah) sendiri yang pilih, bila kita (manusia) tolak orang yang Tuhan pilih bermakna tolak Tuhan. Ini satu dosa yang sangat besar.<\/p>\n<p>\u201cSaya bagi pihak PAS telah buat kenyataan rasmi semalam (13 September) meminta dihantarkan (bantahan) ke Kedutaan Amerika supaya yang pertama yang melakukan kesalahan mesti meminta maaf. <\/p>\n<p>\u201cKedua, kerajaan Amerika mesti bertindak supaya membatalkan filem itu dan bertindak terhadap mereka yang melakukan kejahatan (hina) ini,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Turut hadir Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi yang juga Wxco Dewan Pemuda PAS Malaysia.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/09\/presiden%20pas%20bantah%20hina%20nabi.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita3\/presiden%20pas%20bantah%20hina%20nabi.jpg\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 7px;\" \/>Sehubungan itu, katanya Islam turut melarang umatnya melakukan perkara yang sama termasuk tidak boleh menghina Tuhan-tuhan kepercayaan agama lain.<\/p>\n<p>\u201cKita orang Islam dilarang menghina Tuhan-tuhan agama lain sehingga dia (bukan Islam) menghina Tuhan kita semula. Walau pun, kita kata Islam kita betul tetapi tidak boleh menghina Tuhan agama lain. <\/p>\n<p>\u201cBerhujah (debat) dibolehkan untuk mencari kebenaran. Sehingga hari ini, mereka (agama lain) tidak boleh berhujah dan kalah jika berhujah dengan Islam,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Namun, kata Dato\u2019 Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang insiden penghinaan itu telah menyatukan umat Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan Nabi SAW.<\/p>\n<p>Menurutnya, sejak timbul isu penghinaan tersebut umat Islam bangkit di seluruh dunia yang selama ini Islam terpinggir.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku hari ini, (penghinaan) menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Mereka (Islam) bangkit dan melakukan tunjuk perasaan di mana-mana seluruh dunia. Di Mesir, tunjuk perasaan telah berlaku dua hari dua malam. <\/p>\n<p>\u201cAnak-anak muda di Mesir bergilir makin hari, makin ramai. Hari ini (Jumaat) mereka anggarkan berkumpul satu juta orang penunjuk perasaan berkumpul di Mesir,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Namun, katanya sehingga hari ini, kerajaan yang membuat kenyataan rasmi membantah ialah kerajaan Mesir, Afghanistan, Iran, Libya dan Yaman. <\/p>\n<p>Manakala, katanya, kerajaan-kerajaan umat Islam lain \u2018bisu\u2019 dan belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi bantahan.<\/p>\n<p>\u201cBantahan itu bukan sahaja dibuat oleh orang Islam, bantahan juga dari Vatican City Rome, Italy iaitu Pusat Kristian Katolik, dari Yahudi Ortodoks dan beberapa kumpulan agama yang lain. Yang tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh kumpulan (penerbit filem) ini,\u201d jelasnya. <\/p>\n<p>Hadir sama dan berucap pada majlis tersebut adalah Pengerusi Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) cawangan Terengganu, Umar Abu Dardak Suhaimi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/09\/3000%20bantantah%20hina%20nabi.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita3\/3000%20bantantah%20hina%20nabi.jpg\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 7px;\" \/><strong>MARANG<\/strong> &#8211; Kira-kira 3,000 orang hadir dalam bantahan terhadap penerbitan video yang menghina Nabi\u00a0 Muhammad SAW diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah di masjid Rusila, Marang, sebaik selepas solat Jumaat hari ini 14 September.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10357,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":10357,"alt_text":"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/aberita3\/3000%20bantantah%20hina%20nabi.jpg","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":480,"height":360,"file":"2012\/09\/3000 bantantah hina nabi.jpg","filesize":34565,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":10422,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/09\/3000 bantantah hina nabi.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10359"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10359"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10359\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10357"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}