{"id":1031,"date":"2009-10-14T18:39:31","date_gmt":"2009-10-14T10:39:31","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/10\/menjelang-pru-ke-13-musuh-pakatan-rakyat-adalah-dirinya-sendiri\/"},"modified":"2009-10-14T18:39:31","modified_gmt":"2009-10-14T10:39:31","slug":"menjelang-pru-ke-13-musuh-pakatan-rakyat-adalah-dirinya-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/menjelang-pru-ke-13-musuh-pakatan-rakyat-adalah-dirinya-sendiri\/","title":{"rendered":"Menjelang PRU Ke-13; Musuh Pakatan Rakyat adalah Dirinya Sendiri"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"MsoNormal\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/anthonyhanafiahng.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/anthonyhanafiahng.jpg\" width=\"398\" height=\"268\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">&#8220;Jangan kita pula dijangkiti \u2018Denial Syndrome\u2019 (sindrom penafian), hanya menyalahkan &#8216;taburan gula&#8217; oleh BN, seperti peruntukan wang ketika tempoh berkempen, undi pos dan sebagainya&#8230; semua ini wujud dalam pilihan raya kecil yang lalu, tetapi kami menang, <br \/><\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">&#8220;mengapa kami kalah kali ini?&#8221;kata Anthony Loke Siew Fook, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, dalam muhasabahnya mengulas kekalahan di Bagan Pinang baru-baru ini. <em><\/p>\n<p>(Gambar atas &#8211; Anthony Loke turun berkempen di Teluk Kemang bersama Penolong SU PAS Terengganu, Hj Hanafiah Mat)<\/em><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Beliau berkata demikian dalam satu forum yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, disini, semalam. <\/p>\n<p>Loke yang juga Ketua Pemuda DAPSY merupakan penggerak kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang, yang bertungkus lumus, bergerak siang dan malam bagi pihak DAP.<\/p>\n<p> DAP Negeri Sembilan dilihat turun habis-habisan pada PRK kali ini dengan menyediakan markaz besar, menjadi tempat pengisytiharan calon dan pusat penyelarasan kempen DAP sepanjang PRK tersebut.<\/p>\n<p>Walau pun mengakui segala kelemahan PR antara faktor yang membawa kekalahan, namun beliau tidak bersetuju, keputusan PRK Bagan Pinang memberikan gambaran senario Malaysia secara keseluruhannya.<\/p>\n<p> Pun begitu, menurutnya, beliau tetap menjadikan kekalahan PR sebagai iktibar dan panduan menghadapi pilihanraya akan datang.<\/p>\n<p>Mengulas latar belakang politik Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, UMNO tidak pernah hilang mana-mana kerusi sejak zaman merdeka dinegeri tersebut, sehinggalah PRU ke-12.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Katanya, tsunami politik Mac 2008 menyebabkan UMNO kehilangan tiga kerusi DUN dan menyifatkan kekalahan UMNO itu berlaku kerana sabotaj dari dalaman parti itu sendiri.<\/p>\n<p>Beliau berkata, PAS walaupun telah lama wujud, tetapi tidak pernah menang di Negeri Sembilan sebelum PRU-12, menjelaskan mengapa PAS kelihatan lemah, malah belum berakar umbi di peringkat tempatan.<\/span><em><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">(Gambar bawah &#8211; Anthony (paling kanan) bersama Nain Presiden PAS Dato&#8217; Tuan Ibrahim dan calon PAS, Zulkefly, dalam satu sidang media di pejabat DAP)<\/span><\/em><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/anthonycalontuanibrahim.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/anthonycalontuanibrahim.jpg\" width=\"340\" height=\"216\" align=\"right\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">\u201dPakatan Rakyat kelihatan teragak-agak mengatur strategi untuk berdepan dengan tokoh tempatan UMNO-BN, Mohd. Isa Samad,<\/p>\n<p> <\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">\u201dperingkat awal, isu tempatan dijadikan sasaran utama, kerana menganggap isu nasional kurang berkesan untuk mempengaruhi pengundi,<\/p>\n<p>\u201dSehinggalah pada peringkat akhir, barulah PR memutuskan untuk menggunakan isu nasional sebagai serangan,\u201djelasnya.<\/p>\n<p> Walaupun pemimpin PR peringkat nasional turun ke gelanggang untuk menghangatkan suasana, namun katanya, keadaan sudah terlalu lewat.<\/p>\n<p>Sebenarnya, menurut beliau, PR berdepan dengan seorang tokoh, walaupun tercemar, adalah bekas Menteri Besar, yang sudah 22 tahun berpaut di kawasan tersebut.<\/p>\n<p>\u201dIsa Samad, walaupun bertanding<span>\u00a0 <\/span>di DUN Linggi, namun beliau tetap kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang,<\/p>\n<p> \u201dpengaruhnya begitu besar, sehingga bahagian Teluk Kemang hanya mencadangkan satu nama untuk calon PRK Bagan Pinang,\u201dterangnya lagi.<\/p>\n<p>Anthony Loke turut mengingatkan rakan seperjuangan dalam PR; zaman &#8220;undi untuk parti tanpa mengira calon&#8221; telah berlalu.<\/p>\n<p>Beliau meramalkan, walaupun ramai dikalangan PR kini bergelar \u2019YB\u2019 namun ia tidak memudahkan PR menghadapi PRU ke-13, kerana beban yang ditanggung oleh mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Dulu kami tak ada beban, kerana kebanyakan kami bukan wakil rakyat,\u00a0namun, pada PRU ke-13 akan datang, pengundi akan menilai kualiti dan prestasi, <\/p>\n<p>\u201djangan sesekali menganggap kita akan menang, hanya\u00a0dengan bergantung kepada\u00a0karisma pemimpin nasional, &#8220;katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan prestasi wakil rakyat dan pimpinan PR menjadi penentu dalam pilihanraya umum akan datang.<\/p>\n<p>\u201dSeandainya prestasi Pakatan Rakyat kurang memuaskan dan enggan memperbaiki kelemahan diri sendiri, maka kami (PR) tidak memerlukan BN sebagai musuh,<\/p>\n<p> \u201dMusuh yang terbesar PR ialah PR sendiri.&#8221;kata Anthony Loke membuat kesimpulan.- (sumber Merdeka Review)<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><strong>KUALA LUMPUR<\/strong> &#8211; Menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), musuh Pakatan Rakyat (PR) yang terbesar ialah \u2019dirinya sendiri\u2019, s<\/span><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">ekiranya PR enggan berubah, maka mereka yang menang dalam tsunami politik 8 Mac 2008, bakal menjadi &#8216;mangsa tsunami&#8217; dalam PRU-13.<br \/> <\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1031"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1031"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1031\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1031"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1031"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1031"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}