{"id":10099,"date":"2012-08-10T18:22:50","date_gmt":"2012-08-10T10:22:50","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/08\/httpbmharakahdailynetindexphpberita-utama12401-pakatan-sokong-hari-internet-blackout\/"},"modified":"2012-08-10T18:22:50","modified_gmt":"2012-08-10T10:22:50","slug":"httpbmharakahdailynetindexphpberita-utama12401-pakatan-sokong-hari-internet-blackout","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/httpbmharakahdailynetindexphpberita-utama12401-pakatan-sokong-hari-internet-blackout\/","title":{"rendered":"Sokong Hari Internet Blackout"},"content":{"rendered":"<p>&#8220;Kita dari Pakatan Rakyat menyokong usaha dan kempen Internet Blackout yang dicadangkan pada 14 Ogos nanti.<\/p>\n<p>&#8220;Ia juga selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berintenet,&#8221; kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini semalam.<\/p>\n<p>Seksyen 114A merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu.<\/p>\n<p>Ianya dilihat satu usaha untuk menyekat kebebasan pengguna internet di negara ini.<\/p>\n<p>CIJ dalam satu kenyataannya sebelum ini menjelaskan kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.<\/p>\n<p>Pada hari Internet Blackout ini, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.<\/p>\n<p>Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.<\/p>\n<p>&#8220;Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut,&#8221; sambungnya lagi.<\/p>\n<p>Setakat ini, laman-laman web popular seperti laman jual beli lelong.com.my, komuniti forum cari.com.my, dan portal hiburan gua.com.my telah menyatakan hasrat untuk menyertai kempen ini.<\/p>\n<p>Selain itu, laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Free Malaysia Today, The Nut Graph dan Digital News Asia turut sama menunjukkan minat<\/p>\n<p>Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka.<\/p>\n<p>Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"images\/stories\/berita63\/01.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 4px;\" \/>Pakatan Rakyat menyokong penuh usaha Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia yang melancarkan kempen Hari Internet Blackout pada 14 Ogos 2012 nanti.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10099"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10099"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10099\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10099"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10099"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10099"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}