{"id":10094,"date":"2012-08-09T23:09:53","date_gmt":"2012-08-09T15:09:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/08\/belanja-rm46-juta-tapi-pesawah-tempatan-macam-orang-myanmar\/"},"modified":"2012-08-09T23:09:53","modified_gmt":"2012-08-09T15:09:53","slug":"belanja-rm46-juta-tapi-pesawah-tempatan-macam-orang-myanmar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/belanja-rm46-juta-tapi-pesawah-tempatan-macam-orang-myanmar\/","title":{"rendered":"Belanja RM46 juta Tapi Pesawah Tempatan Macam Orang \u2018Myanmar\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Menurut mereka, kemudahan pengairan yang dibangunkan tidak sepatutnya dibina sebelum memastikan sumber air mencukupi.<\/p>\n<p>\u201cAir hanya ada dua kaki setengah dalam parit, mana cukup untuk tanam padi, itu pun baru ada sejak hujan dua tiga hari ini, sebelum ini lebih teruk,<\/p>\n<p>\u201clepas (peruntukan) RM46 juta ada tambahan pula (peruntukan) kita duduk macam ni juga (tidak berubah) buat longkang pun longkang pecah,\u201d adu Abdul Rahman Awang kepada Buletinonline.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"images\/stories\/berita63\/masalah%20air%20sawah1.JPG\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 4px;\" \/>Beliau yang dikenali dengan panggilan \u2018Pak Muda\u2019 berkata demikian ketika ditemui dalam tinjauan Buletinonline ke kampong tersebut pada Rabu 8 Ogos.<\/p>\n<p>Hampir separuh padi dalam petak-petak sawah di kawasan penanaman blok A sawah padi tersebut berwarna kekuningan kerana tidak mendapat cukup air.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau yang mempunyai pengalaman padi lebih 20 tahun mendakwa, sistem perparitan yang dibina agak pelik dan tidak pernah dilaksanakan dimana-mana tempat.<\/p>\n<p>Katanya, parit air masuk dan air buang dibina bersebelahan dan selari melingkungi kawasan penanaman padi memberi kesukaran kepada para pesawah.<\/p>\n<p>Selain itu, kata beliau, parit konkrit yang dibina tidak dibuat saluran untuk memasukkan air ke dalam petak sawah.<\/p>\n<p>\u201cAir tak boleh masuk dalam petak sawah sebab tak ada saluran masuk, kami terpaksa buat salur dan sedut air masuk macam sedut minyak dalam tong,\u201djelasnya<\/p>\n<p><strong>DISKRIMINASI<\/strong><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"images\/stories\/berita63\/longkang%20pecah.JPG\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>Pada musim penanaman sebelum ini, para pesawah Jelapang tidak mendapat hasil yang menguntung kan kerana potongan padi yang terlalu tinggi.<\/p>\n<p>Justeru, para pesawah Jelapang telah menghantar memorandum kepada pelbagai pihak berkaitan, menuntut supaya diberikan hak subsidi dan insentif yang mereka tidak perolehi.<\/p>\n<p>Rakan pesawah Pak Muda mendakwa kehidupan penanaman padi di kampung Jelapang bertambah terhimpit apabila berlaku diskriminasi dan pilih kasih semakin menjadi-jadi diantara pesawah yang dianggap sebagai penyokong kerajaan dan bukan penyokong kerajaan.<\/p>\n<p>Yusof Bin Nor mendakwa beliau tidak mendapat bantuan input padi seperti baja dan racun kerana ia dikawal oleh ketua blok, seorang Imam masjid kampong berkenaan.<\/p>\n<p>\u201csejak dari awal waktu sodok meratakan sawah sudah berlaku tidak adil, tanah dia diratakan molek, orang lain tak, <\/p>\n<p>\u201csaya cakap, Tok Imam biar jadi Tok Imam sahajalah, jangan \u2018pegang\u2019 (jawatan ketua blok) projek padi ini, nanti (lama kelamaan) orang tak pergi sembahyang (di masjid),\u201dkatanya.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"images\/stories\/berita63\/padi%20kuning%20kurang%20air.JPG\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 4px;\" \/>Beliau mendakwa pesawah kampung berkenaan yang kononnya \u2018Jelapang Padi Baru\u2019 negeri Terengganu menerima harga jualan padi yang rendah, potongan yang terlalu tinggi, tidak ada subsidi dan insentif.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan para pesawah umpama \u2018warga Mayanmar\u2019 yang terpaksa \u2018berdagang\u2019 walaupun lahir di tanah air sendiri.<\/p>\n<p>\u201cJadi kita (pesawah Kampung Jelapang) macam rakyat Myanmar (menjadi) berdagang di negara sendiri mari tebas tebang buat padi,<\/p>\n<p>\u201csubsidi boleh ke orang, insentif beri ke orang harga padi 25 sen\u2026\u2026macaman kita (boleh) jadi rakyat Myanmar?,<\/p>\n<p>\u201c(sedangkan) tanah hak kita, usaha kita (buat) tebas tebang (hutan) dari tok nenek kita lagi\u2026\u2026.acu kita fikir!,\u201dtegas Yusof<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/masalah%20air%20sawah2.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/berita63\/masalah%20air%20sawah2.JPG\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"cursor: -moz-zoom-in; float: right; margin: 7px;\" \/><strong>S<\/strong><img decoding=\"async\" src=\"images\/stories\/berita63\/masalah%20air%20sawah2.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/images\/stories\/berita63\/masalah%20air%20sawah2.JPG\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/><strong>ETIU <\/strong>\u2013 Para pesawah di kampong Jelapang, Langkap, dekat sini menyifatkan pelaburan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu melibatkan wang sebanyak RM46 juta, membina infrastruktur kawasan penanaman padi, tidak berbaloi.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10094"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10094"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10094\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}