{"id":10069,"date":"2012-08-06T14:12:17","date_gmt":"2012-08-06T06:12:17","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/08\/perisytiharan-al-aqsa-taman-awam-oleh-israel-mencabul-tanah-islam\/"},"modified":"2012-08-06T14:12:17","modified_gmt":"2012-08-06T06:12:17","slug":"perisytiharan-al-aqsa-taman-awam-oleh-israel-mencabul-tanah-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/perisytiharan-al-aqsa-taman-awam-oleh-israel-mencabul-tanah-islam\/","title":{"rendered":"Perisytiharan Al-Aqsa Taman Awam Oleh Israel Mencabul Tanah Islam"},"content":{"rendered":"<p>Pemimpin kedua Pergerakan Islam Bagi Wilayah Palestin Dijajah 1948, Sheikh Kamal Al-Khatib, mendedahkan keputusan itu diluluskan majlis berkenaan berkuat kuasa Ramadan tahun ini.<\/p>\n<p>Sheikh Khatib memberi amaran, langkah pihak berkuasa Israel itu adalah satu langkah meng-Yahudikan tanah suci umat Islam di sini.<\/p>\n<p>Menurutnya, buat kali pertama, mereka membenarkan pendatang dan pelampau Yahudi masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa tanpa mengira perasaan orang Islam dalam masjid.<\/p>\n<p>Beliau juga mendedahkan tindakan askar Yahudi pada Jumaat lalu menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menahan imam masjid yang sedang sujud memimpin solat subuh menyebabkan ibadat itu tidak dapat disempurnakan.<\/p>\n<p>Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menyifatkannya pencabulan terang-terangan kesucian tanah suci umat Islam ketiga itu.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, kementerian itu menggesa pemimpin Islam seluruh dunia mengadakan sidang bagi membincangkan langkah bagi melindungi masjid itu.<\/p>\n<p>Sementara itu, di London, Pertubuhan Arab bagi Hak Asasi Manusia (AOHR) menyifatkan langkah Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, AOHR menekankan, keputusan Majlis Perbandaran Israel itu bercanggah dengan Konvensyen Geneva.<\/p>\n<p>Ia juga mengecam penasihat politik pemerintah Israel, Encik Yehuda Vinstein, yang mencadangkan kepada majlis dan pihak berkuasa antikuiti supaya mengkaji langkah menetapkan masjid itu sebagai sebahagian Israel.<\/p>\n<p>AOHR menegaskan, Al-Aqsa bukan hanya meliputi struktur masjid malah kawasan pekarangannya termasuk Masjid Kubah Batu.<\/p>\n<p>Kawasan Masjid Al-Aqsa seluas 144,000 meter persegi, temboknya sepanjang 491 meter ke sebelah barat, 462 meter ke sebelah timur, 310 meter ke utara dan 281 meter ke selatan, kata AOHR. &#8211; Agensi.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/08\/al-quds.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; border: 0; margin: 4px;\" \/><\/strong><strong>BAITULMAQDIS:<\/strong> Majlis Perbandaran Israel memutuskan pekarangan Masjid Al-Aqsa sebagai kawasan taman awam, sekali gus membolehkan pendatang Yahudi berada di kawasan berkenaan pada bila-bila masa.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10069"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10069"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10069\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10069"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10069"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10069"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}