{"id":10033,"date":"2012-07-31T07:24:43","date_gmt":"2012-07-30T23:24:43","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/07\/rais-nak-sambut-hari-merdeka-ke-sambut-hari-bn\/"},"modified":"2012-07-31T07:24:43","modified_gmt":"2012-07-30T23:24:43","slug":"rais-nak-sambut-hari-merdeka-ke-sambut-hari-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rais-nak-sambut-hari-merdeka-ke-sambut-hari-bn\/","title":{"rendered":"Rais Nak Sambut Hari Merdeka ke sambut Hari BN??"},"content":{"rendered":"<p>Bagi DPPM, sikap cuai atau sambil lewa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menentukan logo Hari Merdeka sehingga ia \u2018terlepas\u2019 ke media memberi gambaran negatif rakyat terhadap kerajaan. Jika ia hanya paparan selingan (artwork) dan bukan logo rasmi sekalipun seperti yang dikatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, ia\u00a0 terlalu teruk dan langsung tidak mempunyai nilai seni yang tinggi. Tidak sepatutnya paparan selingan ini muncul di media-media sebagai penghias sambutan Hari Merdeka tahun ini.<\/p>\n<p>Selain itu, DPPM melihat tema \u201cJanji Ditepati\u201d tetap tidak wajar dijadikan sebagai tema hari kebangsaan tahun ini. DPPM berpendapat, \u201cJanji Ditepati\u201d adalah kempen politik yang hanya boleh digunakan oleh BN kepada pengundinya, bukan daripada kerajaan kepada rakyat. Tema ini secara jelas berkempen mengenai jasa kerajaan kepada rakyat dan seharusnya rakyat menuai bakti kepada kerajaan BN. Ia juga membawa mesej seolah-olah kerajaan mengugut rakyat supaya menyokong parti pemerintah kerana hanya pemerintah menunaikan janji.<\/p>\n<p>DPPM menegaskan, sambutan Hari Merdeka adalah sambutan untuk rakyat semua tanpa mengenal ideologi politik masing-masing. Kerajaan tidak wajar menyelitkan sebarang unsur politik kepartian hanya semata-mata mahukan sokongan dan undi daripada rakyat. Perdana Menteri perlu bersikap profesional dengan membuang sikap terlalu kepartian dalam merayakan Hari Kebangsaan negara ini. Adakah beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri kepada ahli UMNO atau BN sahaja dan bukan untuk rakyat seluruhnya? Jika benar beliau adalah PM kepada semua rakyat, beliau perlu menukar logo serta tema kepada yang lebih menepati citarasa rakyat yang mahukan sikap patriotsme ditanam dalam diri mereka.<\/p>\n<p>RIDUAN MOHD NOR<br \/>Ketua Penerangan<br \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/rais%20merdeka.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana kerajaan khususnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak sensitif dalam memilih dan menentukan logo Hari Merdeka sehingga terpaksa menarik balik atau menafikan logo yang dikatakan akan digunakan sebagai logo Hari Merdeka tahun ini setelah mendapat bantahan ramai.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10033"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10033"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10033\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10033"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10033"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10033"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}