{"id":10027,"date":"2012-07-30T08:39:06","date_gmt":"2012-07-30T00:39:06","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/07\/skandal-kuis-yuran-mahal-kroni-kaya-mahasiswa-menderita\/"},"modified":"2012-07-30T08:39:06","modified_gmt":"2012-07-30T00:39:06","slug":"skandal-kuis-yuran-mahal-kroni-kaya-mahasiswa-menderita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/skandal-kuis-yuran-mahal-kroni-kaya-mahasiswa-menderita\/","title":{"rendered":"Skandal KUIS; Yuran Mahal, Kroni Kaya, Mahasiswa Menderita."},"content":{"rendered":"<p>Bukan sahaja menjaga hak dan kebajikan mahasiswa malah DMK juga menjaga KUIS sebagai institusi yang berteraskan Islam daripada sebarang fitnah.<\/p>\n<p>Sepertimana yang telah di bongkarkan tentang penyelewengan ini. Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS. Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato\u2019 Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.<\/p>\n<p>RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.<\/p>\n<p>Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.<\/p>\n<p>Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato\u2019 Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun. Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah \u201catas angin\u201d dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.<\/p>\n<p>Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/AZRUL%20TAHIR.jpg\" border=\"0\" width=\"329\" height=\"295\" style=\"float: left;\" \/>Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, sudah masanya mahasiswa KUIS khususnya bangkit menolak kezaliman tentang penyelewengan mengakibatkan mahasiswa yang jelas dijadikan bahan niaga. Tidak cukup hanya sekadar mahasiswa bangkit, peka, mengambil tahu atau memahami isu ini dengan sedalam-dalamnya jika tidak di buktikan melalui tindakan dan perbuatan tanpa rasa takut.<\/p>\n<p>Cakna adalah satu ukuran penting bagi seluruh mahasiswa kuis dalam menolak kezaliman yang kini sedang subur. Oleh itu, DMK dan sokongan Solilidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengambil alternatif sebagai jalan permulaan dalam memperjuangkan Isu ini dengan mengadakan sesi Dialog bersama Rafizi Ramli pada 31 Julai jam 5 petang yang bertajuk \u201cPENDEDAHAN SKANDAL KUIS, YURAN MAHAL, KRONI KAYA, MAHASISWA MENDERITA\u201d.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, adalah tepat saat ini khususnya mahasiswa kuis hadir tanpa rasa takut ke sesi dialog ini agar segala keraguan, ketidak fahaman mengenai penyelewengan yuran asrama dapat di lontarkan dan juga dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Mudah-mudahan natijah yang baik melalui program ini mahasiswa KUIS dan seluruh masyarakat yang hadir sedar kondisi kezaliman yang dinikmati kini tidak sepatutnya dibiarkan.<br \/><em><strong><br \/>AZRUL TAHIR<br \/>PENGERUSI (DMK)<br \/>29 JULAI 2012<br \/><\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/TAMAN%20KUIS%201_3.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>Mahasiswa KUIS memandang serius mengenai pendedahan tersebut dan segera bertindak dalam memperjuangkan hak mahasiswa melalui Gerakan Demi Mahasiswa Kuis (DMK). DMK adalah satu Gerakan seluruh mahasiswa KUIS yang bermatlamat memperjuangkan hak mahasiswa. <\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10027"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10027"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10027\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10027"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10027"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10027"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}