{"id":10004,"date":"2012-07-27T04:24:10","date_gmt":"2012-07-26T20:24:10","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/07\/darul-runtuh-kerana-umno-runtuhkan-agama\/"},"modified":"2012-07-27T04:24:10","modified_gmt":"2012-07-26T20:24:10","slug":"darul-runtuh-kerana-umno-runtuhkan-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/darul-runtuh-kerana-umno-runtuhkan-agama\/","title":{"rendered":"\u2018Darul Runtuh\u2019 Kerana Umno Runtuhkan Agama!!??"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sering mengungkapkan kata-kata ingatan kepada seluruh rakyat supaya membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata hanya dengan menukarkan kerajaan Barisan Nasional (BN)\u00a0 dapat mengembalikan \u2018maruah\u2019 rakyat Terengganu.<\/p>\n<p>Katanya, sudah cukuplah rakyat negeri ini dimalukan dengan pelbagai isu \u2018yang tidak masuk akal\u2019 yang berlaku sejak Umno-BN nmengambil alih pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan \u2018tragedi demi tragedi\u2019 keruntuhan binaan dan bangunan yang berlaku di negeri Terengganu adalah berpunca dari tindakan Umno meruntuhkan agama.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/tangki%20air%20runtuh.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>\u201cMarilah kita (pengundi) buat perubahan kerana banyak isu-isu di Terengganu ini memalukan kita (rakyat). <\/p>\n<p>\u201cOrang kata Terengganu ini \u2018Darul Runtuh\u2019. Runtuh sokmo dan hak (yang) baru ini runtuh pula tangki air Sekolah Menegah Paka, di Dungun. Terengganu ini darul runtuh sungguh doh. <\/p>\n<p>\u201cAllah swt hendak beritahu keruntuhan yang berlaku dalam negeri dan negara kita ini puncanya kerana Umno meruntuhkan agama, Umno meruntuhkan Masjid Bujal di Kemaman,\u201d tegasnya ketika berucap di Rusila, Marang baru-baru ini.<\/p>\n<p>Beberapa hari selepas itu, pada 24 Julai, dilaporkan oleh sebuah media tempatan, pusaran angin yang kuat di Dungun menyebabkan kanopi para peniaga Bazar Ramadhan runtuh dan rosak. <em>(Gambar kiri bawah)<\/em><\/p>\n<p>Menurut saksi, kejadian angin kencang yang tidak lama, hanya berlaku dalam masa \u2018satu minit\u2019 itu turut menyebabkan kecederaan.<\/p>\n<p>Seorang peniaga ayam goreng, Zulfahmi Ariffin, 27, terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala akibat terkena tiang khemah yang terbang.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/bazar%20ramadhan%20runtuh.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 4px;\" \/>Sementara itu, seorang lagi peniaga runcit\u00a0 ayam , Ahlina Abdullah, 30, yang cedera ringan di lengan kanan berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi pekerja berada di bawah khemah sedang melakukan persiapan untuk memulakan perniagan.<\/p>\n<p>Ahlina yang berasal dari Kampung Che Lijah berkata, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri dan terpaksa bersembunyi dibawah meja kerana terlalu takut.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, ramai yang member komen di laman sosial turut menyimpulkan kejadian demi kejadian \u2018bala\u2019 yang berlaku di negeri Darul Iman ini adalah kerana \u2018dosa-dosa\u2019 yang dilakukan oleh parti yang memerintah Terengganu masakini.<\/p>\n<p>Sehinggakan, setiap bangunan atau binaan baru yag mahu dibina atau dibangunkan akan menerima ucapan sinis dan \u2018lelucon\u2019 dari para pemilik akaun laman sosial.<\/p>\n<p>Antaranya adalah pembinaan terowong di bawah jalan dari Pulau Kambing ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Bukit Kecil, dekat sini.<em>(Gambar kanan bawah)<\/em><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/terowong.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>Selain menyifatkan pembinaan terowong \u2018secara korek dan pasang konkrit itu\u2019 adalah terlalu mahal dengan kos sebanyak RM2.6 juta, ada yang berkata takut untuk melalui jalan tersebut kerana bimbang ia akan runtuh.<\/p>\n<p>\u201cmahal sekian hal&#8230;jangan runtuh pulak sudah la&#8230;&#8230;&#8230;&#8230;.. (maklumlah) Terengganu darul runtuh,\u201dkata seorang pengunjung dan dijawab oleh seorang lain, \u201c(saya berdoa)&#8230;&#8230; janganlah runtuh&#8230;&#8230;&#8230;ni laluan ambe hari-hari,\u201d.<\/p>\n<p>Justeru, ada kebenarannya sebagaimana di sebut YB ustaz Mohd Nor yang mendakwa ia adalah umpama suatu pembalasan kerana Umno dan kepimpinan parti itu pernah bertindak meruntuhkan masjid serta sekolah agama.<\/p>\n<p>\u201cUmno pernah meruntuhkan masjid rumah Allah, pemimpin Umno pernah meruntuhkan tempat kita (PAS) menghidupkan agama, memakmurkan agama, mengajak manusia mendekatkan diri dengan Allah swt.\u00a0 <\/p>\n<p>\u201cSudah masanya, kita (rakyat) peruntuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,\u201d jelasnya. <\/p>\n<p>Menurut Ustaz Mohd Nor, PRU13 merupakan medan terbaik bagi rakyat khususnya kepada para pengundi membuat pilihan menolak parti Umno-BN.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/Kartun%20Harakah%20Terengganu%20Darul%20Runtuh.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 4px;\" \/>KUALA TERENGGANU <\/strong>\u2013 Gelaran negeri Terengganu \u2018Darul Runtuh\u2019 yang semakin menjadi &#8216;buah mulut&#8217;, asalnya sebagai panggilan <em>(ggelor)<\/em> dan gurauan tapi kini seolah-olah menjadi satu \u2018badi\u2019 yang terus membadai Terengganu Darul Iman.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10004"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10004"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10004\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10004"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10004"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10004"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}