Terengganu, Malaysia

Warna-Warni Hari Pertama Persekolahan PASTI

Warna-Warni Hari Pertama Persekolahan PASTI

KUALA TERENGGANU – Pelbagai ragam yang dirakam pada hari pertama persekolahan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang mula dibuka pada 1 Januari 2020.

Di Hulu Besut, wartawan Norekwan Mamat melaporkan, maskot beruang menjadi tarikan anak-anak yang baru memulakan awal persekolahan.

Ketua Pemuda DUN Hulu Besut Mat Zakie Mat Yeh berkata, bilangan anak-anak yang masuk prasekolah di bawah seliaan Pemuda PAS itu semakin meningkat.

“Insyaallah Pemuda akan terus memantau dari masa ke semasa supaya empat buah PASTI di Dun Ini mendapat kebajikan yang secukupnya”.

Warna-Warni Hari Pertama Persekolahan PASTI“kita Pemuda akan menolong sebaik yang mungkin untuk memastikan sekolah PASTI mendapat keperluan yang secukupnya,” ujar beliau.

Sementara itu, wartawan Muhammad Najib Ismail yang memantau PASTI Hulu Terengganu menyifatkan persekolahan bermula dengan lancar dan ceria

Sebanyak 22 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah memulakan sesi persekolahannya bermula hari ini (Rabu) di seluruh kawasan Hulu Terengganu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, semua PASTI telah memulakan sesi persekolahan mereka pada hari Rabu.

Warna-Warni Hari Pertama Persekolahan PASTI“Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan ibubapa yang telah memberikan kepercayaan kepada PASTI untuk mendidik anak-anak mereka di sini”.

“InsyaAllah dengan prestasi yang selama ini sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat PASTI akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menjadikan anak-anak kita insan yang berguna kelak,” ujar Harun.

Beliau juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mengharapkan agar orang ramai sentiasa menyokong institusi pendidikan PASTI dengan terus menghulurkan sumbangan

Rayuan Harun disokong Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Muhd Hakim Zulfikri.

Warna-Warni Hari Pertama Persekolahan PASTIHakim dilaporkan oleh wartawan Muhd Afiq Zohir telah berkata, para guru PASTI diberi kepercayaan penuh oleh ibubapa bagi mendidik dan membimbing anak-anak mereka.

“Kepercayaan yang diberikan harus digunakan sebaik mungkin oleh guru untuk mendidik para pelajar dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Kami (Pemuda) akan sentiasa memantau tentang perkembangan PASTI dari masa kesemasa bagi menjamin kualiti pendidikan berteraskan Islam.

Suasana pembelajaran di PASTI ini perlu didedahkan kepada umum untuk membuka mata para masyarakat tentang kepentingan hidup beragama.” kata beliau.

Menurut Hakim, 30 buah PASTI memulakan operasi mereka di seluruh Besut.

“Saya berharap para ibubapa serta masyarakat disekeliling dapat memilih PASTI sebagai pusat untuk mendidik anak-anak diusia awal,” tambah Hakim.

Warna-Warni Hari Pertama Persekolahan PASTI

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan