Wariskan Perjuangan Islam Kepada Anak-Anak

904

DUNGUN – Muslimat perlu mewariskan perjuangan Islam yang mereka sertai sekarang kepada anak- anak mereka.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman berharap muslimat
tidak hanya bersendirian di dalam gerak kerja parti.

“Jadikan mereka pelapis kepada petugas – petugas parti yang ada sekarang, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pelancaran Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS DUN Rantau Abang di PASTI Aisyah Jalan Intan pada semalam.

Turut hadir di majlis tersebut ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Marang juga menggesa agar muslimat sentiasa mengambil tahu isu-isu negara.

“Muslimat sepatutnya menjadi penyampai serta penyebar maklumat produk-produk kerajaan Terengganu supaya tiada seorangpun rakyat tercicir daripada menerima maklumat tentang kecaknaan kerajaan Terengganu kepada rakyatnya,” jelasnya.