Warga Palestin Bertempur Dengan Puak Kanan Israel

152

Lebih dari 100 orang cedera dalam pertempuran ganas antara polis Israel dan warga Palestin setelah puak kanan ‘laknatullah’ berbaris di Jerusalem Timur yang dijajah, seraya melaungkan “kematian kepada orang Arab”.

Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan, mereka telah merawat sekurang-kurangnya 105 orang, 20 daripadanya dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, polis rejim mendakwa 20 pegawainya cedera dalam kejadian itu.

Rutin pada setiap malam sebelumnya, gangguan berlaku di daerah itu sejak awal Ramadan pada 13 April.

Penduduk Palestin mengeluh kerana pihak keselamatan rejim sengaja menyekat akses pejalan kaki di sekitar lokasi popular berkumpul bagi rakyat Palestin pada malam bulan suci.

“Warga Palestin suka bersantai di kawasan ini setelah solat malam di Masjid Al-Aqsa, tetapi penjajahan [Israel] tidak menyukainya. Ini adalah soal kedaulatan, ” kata seorang penduduk Mohammad Abu al-Homus.

Beliau menunjukkan sekatan logam yang dilemparkan oleh polis di daerah terbabit dalam beberapa minggu terakhir.

Keganasan meletus di luar salah satu pintu masuk ke Kota Tua itu, di mana puak ekstrem Israel telah melakukan perarakan, mengganggu warga Palestin.

Insiden itu menyebabkan ratusan polis Israel dengan lengkap dengan alat anti rusuhan menutup kawasan itu.