Wajah ‘Pelawak’ Ahmad Said

54

Kedua-dua perkataan samada pelawak (orang yang suka buat kelakar) dan ‘pelawok’ (orang yang suka menipu) sesuai untuk Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato Seri Ahmad Said, buat masa ini.

Bukan dalam kalangan musuh politik berlawanan sahaja yang menganggap begitu, bahkan dakwaan Ahmad pernah ditolak dua Cikgu, Mantan ‘speaker’ Cikgu Zuber dan bekas MB Terengganu, Cikgu Razif.

‘Speaker’ DUN Terengganu, pernah menolak usul undi tidak percaya Ahmad Said terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Alasan Zuber, usul yang dikemukakan oleh ADUN Kijal itu tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya.

Walaupun Ahmad menjelaskan bersungguh-sungguh, usul dibawanya menurut peraturan DUN, namun speaker tidak menerimanya, meninggalkan calon Parlimen Kemaman itu, pada ketika itu, seolah-olah ‘badut’ yang membuat ‘lelucon’.

Ahmad juga pernah menjadi ‘bahan’ lawak yang ditertawakan oleh khalayak apabila mengajak Haji Mohd Abdul Wahid Endut, selaku ADUN Wakaf Mempelam, bertumbuk, ketika persidangan DUN satu masa dulu.

Ahmad Said juga pernah menjadikan ubi gadong sebagai bahan lawak dan pelawok ketika berkata, tunbuhan yang menjadi makanannya masa kecil itu, boleh membesarkan ‘payu dara’.

Justeru tidak hairan kalau Ahmad buat latah dan menjadi pelawok apabila beliau berkata kerajaan Terengganu merasuah rakyat apabila memberi bantuan.

Ramai yang menasihati beliau, jangan main hentam keluarkan kenyataan sebaliknya berfikir dahulu, sebelum bercakap.

Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah memberikan nasihat kepada calon Parlimen Kemaman itu kerana mengeluarkan kenyaaan tidak berasas.

Ahmad mendakwa dana i- Belia, i-Mahasiswa, bantuan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Ibu Tunggal secara ‘one-off’ merupakan pemberian rasuah terbesar dan tiada dalam bajet.

Sebaliknya, Ustaz Wan yang juga Exco Kerajaan menjelaskan, kerajaan meluluskan bajet pada November tahun lalu, dan beliau telah membuat kenyataan akhbar pada 16 September 2022, berkenaan perkara itu.

Yang sangat menghairankan, mengapa tiba-tiba Ahmad main ‘tibai’ sedangkan dalam bajet yang dibentangkan telah jelasnya menyatakan usaha murni kerajaan untuk memberikan bantuan untuk mahasiswa diberikan secara sekali bayar, sebanyak RM 150 setiap seorang kepada lebih 135,000 individu.

Mereka yang mendapat manfaat tersebut berumur antara 18 hingga 39 tahun membabitkan peruntukkan sebanyak RM2.3 juta dan telah dimaklumkan kepada rakyat bahawa permohonan bantuan itu telah dibuka secara atas talian bermula 18 September hingga 6 Oktober.

“Pembayaran akan dibuat kepada penerima yang berjaya secara berperingkat dari 30 Oktober sehingga 30 November 2022 jadi kenyataan saya itu telah mendahului tarikh pembubaran parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober, jadi kenyataan itu telah dibuat sebelum daripada itu kita tidak tahu pun bila akan dibubarkan parlimen,”ujar Ustaz Wan melalui suatu kenyataan video, semalam.

Tidak mungkin Ahmad Said tidur dalam persidangan DUN dan ‘tidak khabar’ tentang isu tersebut disiarkan banyak media, antaranya ASTRO Awani, Sinar Harian, TRDI, dalam Berita harian, Metro dan lain-lain lagi, sehingga menjadikannya suatu lawak menjelang PRU15.

Ahmad juga dianggap ‘senior’ sebagai seorang wakil rakyat yang telah lama berkhidmat bahkan pernah menjadi kakitangan negeri.

Takkan Ahmad tak tahu, kerajaan terpaksa melunaskan segera sebarang pembayaran sebelum berakhir tahun kewangan kerana ia melibatkan peruntukkan yang perlu dihabsikan sebelum habis penggal tahun ini.

“Jadi jelas bahawa pembayaran dana i-Belia, i-Mahasiswa termasuk dana kepada OKU, ibu tunggal dan sebagainya tiada langsung kaitan dengan pembubaran parlimen dan juga bertujuan untuk merasuah pengundi kerana ia sememangnya telah ada dalam jadual dan mengikut program yang telah direncanakan kerajaan negeri,”tambah Ustaz Wan.

Justeru semua rakyat Terengganu khususnya warga pengundi Kemaman harus berasa hairan, dengan kenyataan Ahmad Said yang mengatakan bahawa bantuan berkenaan kononnya tidak ada dalam bajet serta tidak pernah diluluskan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyatakan banyak perkara dalam teras kedua termasuk bantuan berkenaan ketika membentangkan bajet 2022 pada 15 November 2021 yang dimasukkan dalam teras kedua memperkukuhkan kesejahteraan sosial masyarakat.

Warga Kemaman mesti bangkit dan menolak Ahmad Said kerana tidak profesional mempertikaikan perkara yang telah sokong dan persetujui dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bajet tahun lalu.

Untuk rekod bajet ini telah diluluskan secara sebulat suara oleh semua ahli dewan undangan negeri.

“jadi tidak timbul ia adalah tidak betul sedangkan telah pun diluluskan, jadi saya harain bagaimana beliau (Ahmad Said) boleh lupa tentang perkara itu,”ujar Ustaz Wan lagi.