Visi Ja’afar, Calon PAS-Perikatan Nasional (PN) Durian Tunggal

140

ALOR GAJAH – Ja’afar Othan, calon PAS-Perikatan Nasional (PN) mengemukakan visinya, kepada DUN tersebut sekiranya beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat.

Katanya, berlatar belakangkan profail beliau sebagai seorang Penasihat Kimia (Chemistry Consultant), beliau memilih ‘tagline’, “Durian Tunggal, Selamat, Sihat Dan Sejahtera”.

Becakap dalam program, ‘Asam Pedas, Kopi O’ pagi ini, atas talian melalui laman facebook beliau, beliau menekankan, ‘Selamat’ membaawa maksud rakyat dapat hidup dalam keadaan aman, denan segala infrastruktur yang dbangunkan.

“sihat dariipada pula membawa makna, rakyat Durian Tunggal sihat daripada pelbagai penyakit termasuk Covid-19 yang sedang melanda dunia,

“dan maksud sejahtera itu ialah, masyarakat Durian Tunggal mempratikkan kebaikan Islam dalam kehidupan mereka,” jelasnya.

Oleh itu, salah satu isu yang beliau akan ketengahkan dalam kepen pilihan raya DUN Melaka kali ini ialah masalah banjir yang sering melanda beberapa kampung dalam DUN terbabit.

“Kita ada 4 atau 3 kampung termasuk Bukit Tambun, Pulau dan Belimbing Dalam yang biasanya kena banjir,”

“punca utama banjir kilat itu selain hujan turun dengan lebat adalah erana saliran tidak diselenggara dengan baik,” katanya.

Justeru beliau akan membawa perkara tersebut kepada pengetahuan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

“in shaa Allah kita akan hubungi Ustaz Tuan, mungkin ada peruntukan yang boleh digunakan bagi mengelakkan bergenag dengan air bah, lebih dari dua kali setahun,” tambah beliau.