Video Dakwa Anggota PDRM Berhibur Bersama ‘Tokey’ Judi Mengejutkan……

3365

Kita meletakkan keyakinan kepada PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang untuk mengawal tindak-tanduk dan perlakuan anggota mereka samada di dalam tugas atau di luar tugasan.

Rekod kejayaan PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang adalah antara yang terbaik di rantau ini. Perlakuan segelintir anggota yang menyalahi etika dan peraturan pasukan perlu ditangani sebaiknya agar tak menjejaskan kepercayaan rakyat.

Memang masyarakat terkejut dengan penularan video yang mendakwa ada anggota PDRM berhibur bersama tokey judi. Persepsi umum masyarakat mudah saja. Polis yang sepatutnya bekerja membasmi jenayah judi, bagaimana boleh join berhibur bersama tokey judi? Bermakna ada affair di antara mereka. Ini virus yang sangat bahaya dan menakutkan.

Rakyat meletakkan harapan yang tinggi agar isu ini boleh diselesaikan berdasarkan SOP sedia ada. Kita yakin bahawa PDRM tak akan berkompromi dengan sebarang salah laku anggota mereka dan mengekalkan nama baik PDRM.

Kita tak pernah bermusuh dengan PDRM walaupun kita pernah menjadi mangsa belasahan ketika Himpunan Anti ISA dan BERSIH. Sakit dan pedihnya hanya terasa di tubuh sahaja. Kita tak simpan dalam hati. Mereka bukan lawan kita dan kita bukan lawan mereka. Malah apa yang sedang kita perjuangkan hari ini adalah juga demi kepentingan mereka dan kepentingan kita bersama.

-Dr Azman Ibrahim
9 Oktober 2017