Ustaz Tuan Ibrahim Bentang Kertas Utama

196

KUALA TERENGGANU – Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man akan membentangkan kertas kerja utama program Munaqasyah Dasar Presiden 2020.

Ketua Penerangan PAS Terenganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program tersebut akan diadakan di Kompleks Tarbiah A-Taqwa (KOMTAQ) Kuala Nerus pada Sabtu 13 Mac, 2020.

“in shaa Allah Lujnah Penerangan PAS Terengganu akan mengadakan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden.

“dua pimpinan utama parti akan membentangkan kertas kerja, yang pertamanya Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato’ Husain Awang dan yang kedua Ustaz Tuan Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Ustaz Wan Sukairi, peserta yang dijemput dalam majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa kerja Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ahli dewan ulama, dewan pemuda dan muslimat.

“Selain itu, kita juga menjemput ahli jawatankuasa kerja PAS kawasan-kawasan dan ahli jawatankuasa dewan himpunan penyokong PAS negeri Terengganu.

“Saya memohon kepada semua jemputan untuk sama-sama hadir,” ujarnya yang menyeru, agar semua pihak berusaha teguh, mempertahankan kemenangan PAS di negeri ini.