Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Muktamar Agung ke 42 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu dengan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Sebelum itu, YB Ustaz Nasharudin telah diiringi oleh kira-kira 40 buah motosikal ke Markaz Tarbiyyah yang turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya iaitu Ustaz Abu Bakar Chik dan Ustaz Satiful Bahri Mamat dan beberapa orang tetamu jemputan.
Ustaz Nasharudin mempersoalkan tentang pihak yang meminta Presiden PAS berundur kerana ketewasan PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak, walhal Presiden PAS yang sama juga yang mengetuai parti mendapat kemenangan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum itu seperti di Bukit Gantang dan Kuala Terengganu.










