Ustaz Kamaruzzaman, calon tunggal Pemuda Terengganu

1271

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/05/kamaruzzaman.jpgKUALA TERENGGANU – Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah merupakan calon tunggal dari pemuda Terengganu yang akan bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu semalan, 25 Mei, mengesahkan akan menyahut pencalonannya atas dasar untuk memberikan khidmat kepada Dewan Pemuda PAS Pusat.

“Dari sudut politik negerinya, memang tak sesuai lagi (bertanding peringkat pusat), tapi sekiranya khidmat diperlukan InsyaAllah, (saya) sukarela (menawarkan diri untuk bertanding),”katanya kepada pihak media selepas Majlis Ceramah Isu Semasa di Kampung Duyung Seberang Takir.

Sehubungan itu, mesej beliau kepada perwakilan Muktamar Pemuda PAS Pusat adalah jelas iaitu bersama Dewan Pemuda PAS untuk mengembalikan syiar Islam di Malaysia.

“Mesej (nya) jelas, nak mengembalikan syiar Islam dnegara kita ini, disampin menarik seramai mungkin generasi ‘Y’ dan (generasi) ‘X’ kepada Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Selain, Ustaz Kamaruzzaman, Wan Sukairi Wan Abdullah juga disenaraikan sebagai calon bagi Ahli Jawatnkuasa Kerja, tetapi beliau telah melepasi had kelayakan iaitu berumur 40 tahun.

[Dengar ceramah Ustaz Kamaruzzaman di Buletinonline Radio]

http://www.youtube.com/watch?v=OgpFtADqiog