Terengganu, Malaysia
Pendapat

Ustaz Hashim Jasin Tidak Asing Bagi Warga Felda

ADUN Sanglang

Kami warga Felda mengalukan perlantikan Tuan Guru Ustaz Haji Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas selepas Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Ustaz Hashim tidak asing dengan warga Felda. 17 tahun beliau menjadi sebahagian warga peneroka sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Agama FELDA dan bertugas dibeberapa tanah rancangan terutama di Pahang.

Ketika Felda berhadapan dengan perbagai krisis selepas Tan Sri Isa Samad di lantik pengerusi Felda Januari 2011 dan FGV disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur setahun kemudian. Felda mula disulami dengan perbagai krisis. Terbaru Felda mula gagal membayar bayaran hasi BTS peneroka mengikut jadual. Tanpa penglibatan dan hasutan pembangkang, Jkkr dan peneroka sudah berani berdemo di hadapan pejabat pengurusan. Ini mengambarkan keseriusan masalah kewangan Felda pada kaca mata peneroka.

Merujuk perkembangan terbaru yang melanda Felda seperti isu PT EHP , isu penjualan kilang TRT, isu pembelian Hotel dan Apartmen, isu KPF, isu Perumahan Generasi kedua Felda PGBF, isu kejatuahan komuditi sawit dan getah, isu tanam semula kedua peneroka Felda, pembelian saham perladangan yang dengan harga lebih tinggi dari pasaran dan berpuluh isu lain yang melanda Felda.

Beberapa tokoh besar felda sebelum ini sudah bersama dengan PAS. Kami akan gerakan gandingan Dato’ Sarchu Sawal, bekas CEO KPF dan Muryidul Am bersama tokoh-tokoh lain untuk terus memberi kesedaran kepada peneroka serta waris generasi mereka agar bersama menyelamatkan Felda seiring dengan penubuhanya sejak 1956 dengan pembukaan pertama di rancangan Lurah Bilut 1958 dan kemasukan peserta seramai 28 orang generasi sulung pada 1959. Felda bergerak maju sehingga 317 tanah rancangan dibuka seluruh negara dan yang terakhir Felda Sahabat 2 pada tahun 1990.

Dengan kelebihan dan pengalaman Muryidul Am sekarang, kami harapkan PAS akan memacu perubahan dan kesedaran di kalangan peneroka Felda dengan apa yang mereka hadapi sekarang. Pas memang menyedari kepentingan 54 kawasan parlimen yang mempunyai tanah rancangan Felda di seluruh negara. Dengan kuasa undi melayu Islam, tidak hairanlah selama ini 54 parlimen ini menjadi simpanan tetap undi melayu Barisan Nasional.

Sekian.
Naraza Bin Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
12 Oktober 2016 / 11 Muharam 1438 H

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan