Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah Meninggal Dunia

349

KUALA TERENGGANU – Mantan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Dr Haji Abu Bakar Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.28 malam Jumaat, sebentar tadi.

Anaknya, Tuan Ahmad Najmuddin bin Abu Bakar dalam satu kenyataan melalui media sosial memohon Allah mengampunkan, memberi rahmat dan kesejahteraan kepada almarhum.

“Dukacita dimaklumkan bapa kesayangan kami, Ustaz Dr Haji Abu Bakar Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.28 malam Jumaat.

“Mohon ampunkan segala dosa arwah dah doakan semoga dipermudahkan segala urusan serta arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” katanya.