BESUT – Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh Majlis Tindakan DUN dan Pusat Khidmat DUN Jerteh bagi mengurangkan risiko banjir besar dengan ketibaan Muslim Monsun Timur Laut (MTL).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Dr Riduan Mohamad Nor berkata, pihaknya telah melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja yang dilakukan bagi memastikan bencana tersebut dapat diatas.
“Hari ini saya dan teman-teman Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jerteh memantau usaha menggali anak sungai, terusan atau longkang besar untuk kita alirkan air dengan pantas ke sungai untuk mengelakkan banjir.
“Alhamdulillah, kita peruntukan wang di peringkat ADUN untuk kita bersihkan kawasan parit dan perparitan,” ujarnya melalui media sosialnya, di sini, hari ini.
Beliau yang juga ADUN Jerteh mengharapkan agar usaha yang dijalankan itu akan dapat Menghalang risiko bencana di musim tengkujuh itu.
“Kita Berdoalah semoga Allah permudahkan warga Jerteh dan kita bantu semampu yang mungkin, insya-Allah,” katanya.





























