Umno tidak tahu di mana kedudukan ulama

827

Setelah lebih 60 tahun baru kini Umno sedar akan lompang dalam kepimpinan parti mereka iaitu kurangnya ulama dalam kepimpinan utama mereka.

Ulama di dalam parti Umno hanyalah diletakkan dibawah biro agama sahaja, seperti hanya berperanan untuk melengkapkan senarai penuh biro mereka sahaja.

 

Sedangkan PAS sudah sekian lama telah meletakkan ulama pada tempat yang sangat tinggi dengan menyediakan dua tempat bagi golongan itu untuk menentukan dasar dan halatuju PAS.

Semalam dalam akhbar Utusan, Timbalan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hasan mencadangkan agar ditubuhkan segera sayap baru Umno iaitu Sayap Ulama Umno.

Cadangan Datuk Zaini Hasan bertolak dari dakwaan beliau ‘kononnya’ Pas sudah menolak kepimpinan ulama dalam muktamar Pas baru-baru ini.

Pas meletakkan ulama ditempat yang sepatutnya berbanding Umno yang hanya menggunakan ulama apabila mereka tersepit dalam isu-isu yang menguntungkan mereka.

Seperti contoh yang terbaru apabila isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, ulama muda mereka Fathul Bari Jahaya dalam satu kuliahnya dengan tegas menyeru ahli Umno menolak tuduhan itu.

Akan tetapi suaranya dianggap sepi sahaja oleh ahli Umno yang lebih galak bermain dengan isu itu walaupun Fathul Bari telah mengeluarkan hadis sahih berkenaan fitnah serta ancaman Allah terhadap pengfitnah

Saya mencabar agar Umno menyenaraikan dahulu ulama yang ada di dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi mereka sebelum menuduh Pas telah mengenepikan ulama.

Dengan cadangan ini kita amat berharap selepas ini Presiden Umno akan dipilih dari kalangan ulama.