Umno Tekan Butang ‘Panik’

1897

SETIU – PAS melihat cara Umno dan Barisan Nasional (BN) berkempen seolah –olah berada dalam suasana panik bagaikan baru nak mencapai kemenangan bukan juara bertahan.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat sudah meluap dengan janji-janji kosong Umno BN dengan curahan wang yang ditabur kepada rakyat tidak terkira pada saat ini.

“Pergi ke pasar malam bercakap sehingga menimbulkan rasa bosan dikalangan peniaga…. pergi ke pasar sehari…. naik rumah ke rumah dan bersalam dengan tuan rumah bagi RM50 kemudian turun ke kedai kopi letak RM 200 di kedai kopi,

“Ini cara kempen orang Umno BN sedangkan mereka telah berada di tampuk kuasa tempoh lima tahun dengan puluhan juta peruntukan yang tak sepatutnya bila tiba musim pilihan raya mereka berkempen macam orang panik,

“Dan saya sedar mereka memerhatikan perkembangan daripada bawah yang sekarang ini tidak menyebelahi mereka,” ujarnya.

Beliau yang jug calon PAS N05 Dun Jabi yang ditemui pihak media ketika berkempen pada Isnin, 7 Mei.

Katanya, isu rakyat ‘marhaen’ di peringakat bawahan di pandang sepi oleh orang Umno apabila tanah yang sudah diduduki lebih 30 tahun masih berada dalam tanah haram walaupun dalam pemerintahan kerjaan Umno BN.

“Selama berpuluh-puluh tahun bila sampi dekat pilihan raya datanglah kempen BN tampal stiker keluarga pengundi BN pada setiap rumah,

“Tuan rumah kata yang saya harapkan bukannya stiker tetapi geran tanah yang kita sudah berusaha untuk dapatkan sejak lebih 30 tahun yang lalu,”ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan Umno BN gagal menyelesaikan masalah rakyat yang telah lama di hadapi dan rakyat sudah beri peluang yang begitu lama kepada pemerintah pada hari ini sehingga kini timbul gelombang penolakan besar-besaran.

“Faktor keyakinan PAS ialah dari segi kekuatan akar umbi dan organisasi PAS sepertimana sekarang ini di DUN Jabi sebanyak 24 cawangan yang aktif berdaftar dengan pendaftar pertubuhan ,

“Dan yang paling membangggakan ialah PASCA PRU yang ke 13 kita berjaya menubuhkan dua cawangan dipeti undi yang merupakan kubu kuat Umno,

“PAS cawangan Tok Dor Luar yang pertama ditubuhkan pada tahun 2014 kemudian disusuli penubuhan PAS cawangan Felda Selasih pada tahun 2015,”katanya.

Tambah Dr Azman lagi, kekuatan PAS untuk memenangi hati pengundi dengan gerak kerja yang berterusan bukan kerja bermusim.

Dan Umno melihat kerja berterusan pimpinan PAS menyantuni rakyat dengan menjaga kebajikan dan bersama rakyat ketika susah dan senang menjadi ancaman kepada mereka.

“Kerana itulah di peringkat awal mereka bawa daiah calon nampak muka 5 tahun sekali hilang bila kalah terus hilang dan muncul semula dekat pilihan raya,

“Dan calon kitar semula adalah satu daripada serangan peribadi mereka dalam rangka untuk melemahkan calon di mata pengundi,

“Tapi alhamdulillah kerana realiti yang ada di depan masyarakat tidak mampu dibohongi dan PAS sebenarnya tidak pernah putus dengan rakyat samada dalam keadaan samada kalah ataupun dalam keadaan menang,” jelasnya.

Justeru,anak muda janganlah gentar dan takut dengan ugutan yang berlegar dalam masyarakat dan sekiranya orang bagi duit kita ambil tetapi kita ada maruah dan harga diri yang perlu dipertahankan dan menterjemahkan di atas kertas undi dalam PRU ke 14 pada 9 Mei nanti.