Umno Mempolitikkan Kesusahan Rakyat

636

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/yahyabantu.JPGMenurutnya Abdul Rahman berjanji akan memberikan bantuan memperbaiki rumahnya yang ditimpa pokok.(Gambar – Yahaya, paling kiri, turut membantu memaku atap rumah Puan Syarifah)

Puan Syarifah Sabarian Tuan Muda berkata pada 22 November lalu Dato’ Abdul Rahman Bakar datang dan menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan.

Beliau merasa sukacita dengan pelawaan Abdul Rahman yang menyuruh beliau membeli barang-barang keperluan untuk memperbaiki kerosakkan dan kemudian menghantar resit pembelian kepadanya.

Setelah membeli kayu, atap dan papan dengan kos RM 4800, kata Puan Syarifah, beliau telah menyerahkan resit untuk tujuan tututan semula, berdasarkan janji Abdul Rahman.

Namun begitu, malangnya, Puan Syarifah berkata, Abdul Rahman hanya memberikan RM 1000 sahaja.

“Kejadian (pokok tumbang) ini berlaku pada jam 8.00 malam Sabtu, hari Ahad Dato’ Man (Abdul Rahman) Bakar datang dan janji untuk salur bantuan segera.

“Dia (Dato’ Man Bakar) janji baiki segala kerosakkan tetapi apabila jumlah bil. pembelian barangan (kayu, atap dan papan) berjumlah RM4800 bayaran hanya diberikan RM1000 sahaja,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut hampa kerana tidak ada tenaga kerja yang datang membantu sebagaimana dijanjikan oleh pihak Umno
 
”Nasib baik orang PAS datang, buat gotong-royong membersih dan baiki rumah dengan segera,” ujarnya dan menambah, beliau amat menghargai tindakan PAS yang cakna dan meringankan beban kesusahan rakyat.

Antara yang turun membantu Puan Syarifah adalah Yang Dipertuan PAS Marang, Yahaya Ali yang turut sama bergotong royong.

Beliau yang ditemui meluahkan kekesalan dan menyifatkan tindakan Umno mempolitikkan kesusahan yang dihadapi rakyat sebagai sesuatu yang ‘amat tidak wajar’.

“Orang dalam kesusahan pun pemimpin Umno-BN hendak main politik. Ini tidak sesuai dan amat tidak wajar,” ujarnya.

Katanya, MTD PAS Alor Limbat yang baru mengetahui kejadian tersebut segera menghulurkan bantuan RM1,000 serta menyumbangkan tenaga kerja bagi membaik pulih rumah Puan Syarifah.