Umno dan Barisan Nasional Punya Agenda Yang Sama!

2102

Pelbagai pihak kesal dengan tindakan akhbar The Star, milik MCA melakukan berita propaganda, memburukkah Islam secara halus melalui siaran yang memaparkan gambar orang Islam sedang solat tarawih dan meletakkan tajuk ‘Malaysian Terrorist Leader’.

Namun ia bukanlah secara kebetulan, apabila sebenarnya dilaporkan, nada yang sama diterbitkan oleh ketiga-tiga media utama perdana di negara ini, Utusan dan juga New Straits Times (NST).

Ketiga-tiga akhbar yang ada kaitan dengan politik itu, menyiarkan ‘tema’ yang sama, pada hari yang sama, namun mengapa?

Oleh kerana kemungkinan tidak ramai yang membaca Utusan dan NST, sebab itu ia tidak disedari, kedua-dua versi cetak akhbar itu, berbanding dengan akhbar ‘The Star’.

Kalau The Star meletakkan gambar solat tarawikh berjamaah di bawah dan tajuk ‘terrorist’, Utusan meletakkanya sebelah menyebelah.

Di sebelah kanan tajuk ‘Dua Militan Maut’ dan ia juga boleh ditafsirkan, cuba memberikan imej yang buruk secara ‘tersembunyi’ terhadap Islam.

Begitu juga dengan NST, yang meletakkan gambar solat tarawikh umat Islam pada malam 1hb Ramadan disebelah atas dan tajuk ‘More Malaysian Fighters In Philippine’ di sehelah gambar itu.

Apakah maknanya ini semua kepada kita?

Kepada mereka yang kurang sensitif pastinya mengatakan ia ada satu kesilapan, samada disengajakan atau tidak, oleh ‘kepala-kepala’ akhbar tersebut.

Namun, bagi yang peka dan pro-aktif, tentunya akan meletakkan satu tanggapan, ia bukanya tersalah, malah satu agenda yang disengajakan.

Apatah lagi, sudah ada rekod kepada ketiga-tiga akhbar tersebut ‘memerangi’ kumpulan yang mahu kepada Islam, terutama Utusan yang sudah diketahui umum, lidah rasmi Umno!