Terengganu, Malaysia

Umno-BN Tidak Ada Modal

Umno-BN Tidak Ada Modal

KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak ada modal untuk menyerang PAS sehingga ‘mengitar semula’ isu-isu lapuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata kebanyakan perkara yang berlaku dahulu, adalah reka cipta.

“Kita agak kecewa sebenarnya bukan kerana kami (wakil rakyat PAS) menjadi mangsa……. dalam politik serangan pihak musuh adalah suatu perkara yang normal,

“Tapi BN menggunakan (sidang) dewan untuk mencela pemerintahan PAS pada tahun 1999 – 2004 sehingga menayangkan beberapa cebisan filem yang telah dibuat oleh mereka sendiri kononnya untuk membuktikan PAS gagal,” ujarnya.

Beliau ketika ditemubual di studio Harap TV, pada Rabu, 20 Disember, di sini menambah, ia adalah sesuatu yang memalukan bagi sebuah parti yang kini menjadi pemerintah.

Umno-BN Tidak Ada ModalBahkan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri itu menyifatkan, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tidak bersifat ‘lelaki’.

Katanya, kalau betul beliau seorang ‘anak jantan’ sepatutnya membuka ruang kepada PAS untuk bersoal jawab.

“Sebab ia adalah tuduhan terhadap PAS. Sepatutnya berilah peluang untuk kami (untuk) bertanya tetapi malangnya ‘speaker’ menggunakan kuasa sepenuhnya untuk menghalang kami mengemukakan soalan dan mencelah pun tidak boleh,

“Jadi kami juga tidak mahu terlalu menunjukkan sikap biadap dalam dewan (kerana ia) adalah tempat yang perlu kita hormati,

“Sebab itu walaupun kita berusaha untuk bangun dan berusaha untuk mencelah tapi nampaknya tidak diberi ruang langsung untuk kita menjawab balik,” tegas beliau.

Umno-BN Tidak Ada Modal

Namun beliau berkata, segala tusuhan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN tidak melemahkan dan PAS akan menjawab semua isu tersebut.

“Insya Allah PAS tidak akan terjejas dan fokus untuk bergerak ke depan bagi melangkah secara lebih bergaya dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang,

“Dan saya yakin rakyat akan menimbang perkara ini secara matang dan melihat apa yang dilakukan oleh PAS sebelum ini,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat memberikan kayakinan penuh kepada pemimpin PAS hari ini untuk melakukan perubahan yang lebih baik bagi negeri Terengganu.

Menurutnya, kekuatan sebenar sesuatu parti berada pada maklumat dan bukan pada duit atau pada apa-apa skim bantuan.

Umno-BN Tidak Ada Modal“Sekiranya mempunyai dan memiliki maklumat, kita akan menjadi rakyat yang tidak mudah dipijak dan menjadi pengguna yang bijak,

“Itulah yang kita nak lahirkan dengan maklumat. Sebab itulah PAS fokus kepada anak muda hari ini dengan turun ke gelanggang anak muda dengan membawa mesej maklumat,” katanya lagi.

PAS bukan sahaja mendekati masyarakat dalam aspek termasuk sukan dan permotoran serta muzik hiburan tetapi mendampingi rakyat dengan ilmu dan maklumat.

“kita yakin pedoman yang cukup baik untuk membawa rakyat adalah dengan akhirat dengan penghitungan yang akan diakhiri dengan hari akhir kita iaitu hari akhirat,” kata beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan