Umno-BN Tak Ada Premis

2147

KUALA TERENGGANU – Walaupun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato’ Seri Ahmad Razif Ab Rahman mendakwa parti itu kuat di negeri ini, tetapi mereka tidak mempunyai banyak premis sendiri bagi menjalankan aktiviti sebagaimana PAS.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, BN terus mempolitikkan institusi kerjaan terutama sekolah-sekolah.

“sekuat-kuat BN…….himpunan Jentera BN DUN (Dewan Undangan Negeri) kena buat dalam kawasan sekolah. Nampak meriah hari ni Sekoloh Tok Dor Jabi dengan bendera dacing.

“Persidangan cawangan Umno buat di balairaya, itu dah zaman berzaman. Dewan sivik dan dewan orang ramai dah jadi harta tok nenek mereka,” tegasnya.

Himpunan Umno Jabi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi berkata demikian ketika mengulas laporan orang ramai yang memaklumkan, satu himpunan Umno tempatan telah diadakan di dalam Kawasan Sekolah MenengahKebangsaan Tok Dor, pada Sabtu 24 Februari.

“di mana kuatnya parti Umno dan BN? Tempat nak buat program parti pun tak ada. Sebab itu mereka sangat takut kalah. Kalah maknanya……..(mereka tak ada apa-apa),” tambah beliau.

Sehubungan itu, Bekas pemimpin belia Jabi, Ahmad Sori Zakaria berkata, tidak sayugia Umno mengadakan program parti dalam premis kerajaan terutamanya sekolah.

“rasa dok elok buat program parti dlm perkarangan sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Pada perkembangan lain, Ketua Pemuda PAS Setiu, Zaidan Abdullah mendakwa, kakitangan awam Terengganu sudah ‘naik menyampah’ dengan tindak tanduk Umno-BN.

“Sudah terdengar suara protes, kurang puas hati dan kecewa dari kakitangan awam Terengganu termasuk GLC apabila bendera BN dinaikkan di sekitar tapak program Karnival Terengganu 2018,

“Apa tidaknya, program Kerajaan Negeri dengan pelbagai GLC negeri telah dijadikan program BN Terengganu!,” tulis beliau dalam laman sosialnya.

Menurutnya, penjawat awam bersedia, ikhlas dan bersemangat pada awalnya, sudah mula geli, meluat serta rimas sejak bendera BN dinaikkan semalam.

Aktivis Ibrahim Harun

“Rasa diperbodohkan, terhina dan dipergunakan oleh BN Terengganu sudah tidak dapat dielak lagi.

“mereka sudah seminggu lebih di tapak program bersiap siang dan malam mewakili GLC masing-masing, tiba-tiba BN yang akan dapat nama,” tambah beliau.

Para ‘netizen’ turut mengukut tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang tidak bertindak segera keatas ratusan bendera ‘dacing’ yang dipasang di atas jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Ada diantaranya, yang mencabar peihak berkuasa tempatan itu, yang dianggap tidak ‘profesional’ dan berat sebelah dalam menangani isu tersebut.

Bendera ‘Dacing’ hilang dari pandangan!

Aktivis Ibrahim Harun memberi amaran, beliau sendiri akan mencabut bendera itu sekiranya MBKT tidak bertindak.

“sekiranya MBKT tidak membuang buang bendera BN atas jambatan dalam masa 12 jam, macam buang bendera PAS waktu prgram PAS Fastaqim (2.0) hari tu,

“ambe sendiri akan cabut buang bendera nih………faham ke (tak) faham?,” soal beliau.

Namun begitu, kesemua bendera BN yang terdapat di sepanjag jambatan, dilaporkan ‘telah lenyap dari pandangan’ pada pagi ini.