DUNGUN – Umno dan Barisan Nasional (BN) didakwa merancang untuk mencalarkan kerajaan PAS Terengganu yang cuba dipaparkan, solah-olah ‘seolah-olah gelojoh’ mahu menduduki pusat pentadbiran negeri, Wisma Darul Iman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, beberapa percubaan seumpamanya bukan sahaja berlaku di kawasan setempat, bahkan turut dikesan berkau di DUN lain.
“Saya rasa amat kecewa atas sikap Umno-BN yang masih tidak sedar bahawa Allah telah memberi balasan kepadanya dengan apa yang dia buat mereka selama ini dengan tidak meletakkan dosa pahala tetapi terus mereka laksanakan,
“dan kita berdoa kepada Allah mudah-mudahan ahli-ahli serta penyokong Umno-BN sedar dan insaflah apa yang telah Allah putuskan ini dengan terima seadanya serta kembalilah kepada ajaran Allah,” ujar beliau.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam jamuan rakyat sempena kemenangan PAS di DUN Rantau Abang pada Ahad, 13 Mei.
Katanya, PAS meletakkan Islam sebagai dasar, perlembagaannya adalah Al-Quran dan Sunnah, Ijmak serta Qias yang menjadi panduan.
Menurutnya, penyelesaian PAS atas apa yang akan dilaksanakan adalah penyelesaian secara Islam.


“dan ditandatanganai oleh Tuanku pada 27 Oktober 2003 lagi sudah tiga penggal Umno-BN memerintah tidak pun meletakkan Enakmen Syariah sebagai perkara utama untuk dilaksanakan,” ujarnya.
Justeru itu, beliau berdoa, memohon kepada Allah supaya diberikan laluan dan kemudahan serta petunjuk, agar rakyat Terengganu dapat menikmati kemakmuran di bumi Allah dengan Islam.





























