Umno Anjur Karnival Jualan Tanah Rezab Melayu

807
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/Tanah-Rizab-Melayu.jpg

Jawabnya begitulah tujuannya, tapi setakat ini cuma negeri2 bawah BN yang beri tanah kepada FGV termasuk yang terawal adalah Terengganu. Negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak setuju pindah tanah kepada FGV.

Saya tanya lagi, selepas kejatuhan dalam saham saham2 FGV hingga rugi sekarang, siapakah pemegang saham paling besar sekarang dalam FGV. Jawabnya, setakat yang dia tahu Genting Berhad (tokey judi) sekarang antara pemegang saham paling besar FGV.

Saya terfikir 1957 merdeka British gazet Tanah Rezab Melayu sebnayak 3juta hektar. Tahun 1995 Tanah Rezab Melayu tinggal lagi 1.7juta hektar, hilang 1.3 juta hektar. Sekarang berapa ratus ribu hektar tanah Felda yang juga Tanah Rezab Melayu dipindah kepada FGV, yang kini pemegang saham terbesar Genting Berhad.

Jangan lupa berapa ratus ribu hektar lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor `karnival jualan’ hartanah sedang dberi milik kepada warga Singapura. Tanah Rezab Melayu? Hilang lagi!!!

Siapa yang jadi Perdana Menteri sejak dulu hingga kini 55 tahun? UMNO!!! Kuasa Politik 55 tahun ditangan UMNO. Tapi Melayu semakin hilang segalanya, agama semakin tercemar dengan rasuah, pengaliran wang haram ditangga pertama peringkat dunia, pusat judi terbesar, penggunaan arak tertinggi, pengeluar arak terbesar, akhlak umat Islam rosak, rasuah dianggap budaya biasa, tak apa..yang kaya nanti orang melayu juga!!!

*** Catatan di atas adalah merupakan tulisan di laman sosial Haji Ahmad Amzad Hashim, Bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu