Terengganu, Malaysia

Umat Melayu Islam Perlu Pastikan Negara Ditadbir Dengan Syariah

Umat Melayu Islam Perlu Pastikan Negara Ditadbir Dengan Syariah

KUALA NERUS – Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kepada semua orang Melayu Islam memastikan negara ini diperintah oleh kepimpinan yang mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas pentadbiran

Mantan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim berkata, apa yang perlu ditinggalkan kepada anak-anak bangsa, mestilah apa yang dituntut oleh Allah.

”saya telah ditawarkan oleh semua parti-parti Melayu tetapi apabila saya melihat apa yang berlaku sekarang,

”saya telah berfikir….. yang paling penting melalui hidup seharian mestilah ada satu wadah perjuangan,

”saya semak semua perlembagaan parti-parti dan PAS lah dengan jelas dalam perlembagaannya memperjuangkan Al-Quran dan As-Sunnah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah Pasca Penamaan Calon menjelang pilihan raya umum kali ke-14 di Kampung Seberang Tepoh, pada Ahad 29 April.

Umat Melayu Islam Perlu Pastikan Negara Ditadbir Dengan Syariah

Katanya, Perlembagaan negara telah gagal meletakkan pemerintahan Islam, walau pun termaktub dengan jelas Islam adalah agama persekutuan.

Beliau berkata, ia adalah kerana umat Islam tidak ada majoriti di parlimen yang memberikan kuasa politik bagi menegakkan syariah dalam perlembagaan.

Oleh itu, katanya, ia adalah sangat penting kepada para pengundi untuk memilih PAS pada pilihan raya kali ke-14, 9hb Mei depan.

”itulah (sebeb) betapa pentingnya kita memangkah PAS sebagai parti pilihan kita agar kita dapat bersuara, dapat menyatakan bahawa,

”apa pun yang dilaksanakan di negara ini adalah (mestilah) berasaska kebenaran, berasaskan Al-Quran dan As-sunnah supaya,

”jika ada berlaku salah guna kuasa dalam pentadbiran, kita akan dipandu dengan prinsip kebenaran yang tidak dipertikaikan,” tegasnya.

Katanya, negara memerlukan kepimpinan yang takutkan Allah, yang takut melanggar sunnah Rasulullah.

Namun katanya, ia tidak akan dapat dicapai sekiranya kita tidak bersatu menyatakan Islam adalah ‘Addin’ yang membawa kesejahteraan dunia dam akhirat.

Datuk Kamalia telah dengan rasminya menjadi ahli PAS seumur hidup apabila permohonannya diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 15hb April 2018.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan