Ulama Perlu Waspada Muslihat Musuh

159

KUALA TERENGGANU – Para ulama perlu berwaspada terhadap muslihat musuh-musuh Islam yang berusaha merosakkan Islam dengan mencetuskan api perpecahan.

Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu, PAS berperanan mendamaikan antara kumpulan-kumpulan Islam dan menyedarkan masyarakat supaya kembali kepada Islam.

“Saya mengadakan pertemuan dengan pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat yang diketuai oleh YB Senator Dato’ Haji Ahmad bin Yahya, semalam.

“Saya mendengar laporan perkembangan Dewan Ulama PAS Pusat dan laporan penubuhan Dewan Ulamak PAS di peringkat kawasan-kawasan.” ujar beliau dalam satu hantara di laman media sosialnnya.

Justeru, beliau bersyukur kerana ulama bertindak sewajarnya, berlandaskan ilmu dan penghayatan sebagai sebuah organisasi penting dalam parti.

“Alhamdulillah, Dewan Ulamak memainkan peranan utama untuk mendekatkan para asatizah kepada perjuangan Islam dan,

“mengharmonikan perbezaan pendapat dalam kalangan mereka yang sewajarnya diselesaikan melalui muzakarah ilmu bersama ahlinya, bukan dengan perkelahian.” tambah beliau