Ulama Ajak Semua Pihak Kerja Keras

115

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak semua pimpinan parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), untuk terus bekerja keras, memastikan kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat dengan terus menjadi fokus utama.

Ketua Penerangannya YB Ustaz Mihd Nor Hamzah menyeru semua pihak bertanggungjawab dalam mempertahankan kerajaan daripada kembali jatuh kembali ke tangan PH.

“setiap parti perlu menumpukan usaha memperkukuhkan lagi perpaduan antara satu sama lain seperti PBBM, UMNO dan BN, GERAKAN dan mana-mana lagi parti yang ada.

“Memperbetulkan keadaan negara bukan satu perkara yang mudah apatah lagi apabila mewarisi dari sistem yang telah berlaku banyak kerosakan sedia ada sebelum ini,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam.

Menyedari situasi ini, kata beliau, PAS mengajak semua parti, Melayu Muslim atau sebaliknya, menerima agenda Islam dengan menerusi pendekatan penyatuan ummah.

“Walaupun PAS bukan dominan namun tetap menunjukkan kewibaan menerusi Ahli Parlimen yang diangkat menjadi Menteri atau Timbalan Menteri dalam menjalankan tugasan dengan terbaik,

“menunjukkan prestasi yang cemerlang pada bahagian masing-masing. Ini dapat dilihat dengan hasil kerja yang dilakukan dan pengiktirafan yang diperolehi dari pihak dalam dan luar negara,” jelasnya.

Justeru katanya, PAS mengambil pendekatan dengan prinsip yang jelas, membantu dan bekerjasama bagi setiap agenda yang membawa kebaikan serta menasihati dan menegur pada perkara-perkara yang perlu.

“Sebagaimana tindakan yang telah diambil dalam memberikan cadangan terhadap isu pemandu mabuk, pengangguran, bantahan siaran iklan promosi judi,

“lantang dalam isu yang tular mengenai isu Sugarbaby, dan banyak lagi. Isu ini dibangkitkan oleh PAS sama ada menerusi suara Ahli Parlimen, Senator-senator mahupun media parti bagi menunjukkan sikap dan pendirian PAS untuk terus berperanan,” tegas beliau.