Ujian Ramadhan Untuk Pok Ya Kampung Besut

884

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Mat Yaakub Mat Ali atau mesra dikenali sebagai Pok Ya Pinah, tak ramai orang kenal dia. Tapi disayangi oleh masyarakat sekitar Kampung Besut, Permaisuri.

Dia tak belajar tinggi dan tak ada apa-apa jawatan dalam parti. Setakat Ahli Jawatan Kuasa PAS Cawangan Kampung Besut sahaja.

Lebihnya Pok Ya kerana dia ‘kaki masjid’ menyebabkan dia dilantik jadi bilal Masjid Kampung Besut. Sepatah kata saudara Yunus Sulaiman, Imam Masjid tersebut, “Suara dia azan tak lah sedap sangat, tapi kerana dia rajin, maka dialah yang layak. Orang lain hok suara sedap tak istiqamah dengan masjid serupa dia.”

IMG-20140711-WA0066(2)Pok Ya juga datang dari keluarga orang ‘Umno’, keluarga mertua dia pun ‘Umno karat’. Tapi dia seorang diri boleh kekal bersama perjuangan PAS. Ini satu lagi kehebatan beliau. Orang lain yang asal dari keluarga PAS pun ada yang jadi Umno.

Kampung Besut, Permaisuri seakan kampung angkat saya. Inilah antara kampung yang paling kerap saya kunjungi untuk pengisian pelbagai bentuk program. Bulan Ramadhan biasanya tak pernah ‘miss’.

Unit Peti Undi Kampung Besut semenjak kewujudannya pada tahun 1976 sehingga pilihanraya yang terakhir 2013, tak pernah sekalipun BN mampu mengatasi undi PAS di sini.

Berbalik kepada Pok Ya, Tok Bilal kita. 3 hari lepas ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan bumbung masjid, beliau terjatuh pada ketinggian kira-kira 10 kaki dan mengalami kecederaan di bahagian kepala yang agak parah.

Semalam, Jumaat 11 Julai, ketika mewakili Lujnah Kebajikan PAS Negeri menziarahi beliau di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bersama Lujnah Kebajikan PAS Setiu, keadaannya masih belum stabil.

Doa dari kita semua semoga Pok Ya akan kembali pulih dan lantunan suara azannya akan kembali bergema memecah keheningan Kampung Besut.