Turun Sendiri Selesai Masalah Rakyat

9325
Dr Azman ketika turun sendirike kilang Bernas semalam

BESUT- Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim mengamalkan sikap, turun padang berjumpa sendiri pihak berauthoriti untuk menyelesaikan aduan daripada masyarakat petani.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata dengan cara ini pihaknya akan mendapat penjelasan langsung ‘first hand info’, setiap masalah yang berlaku.

“Dan secara tidak langsung kita cuba kurangkan protokol dan karenah birokrasi dalam bekerja di dalam memberi khidmat terbaik”, ujar beliau ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kilang Bernas, Bukit Kenak di sini pada Isnin, 21 Jun.

Di dalam kunjungan yang turut disertai Timbalannya, YB Ustaz Helmi Harun, beliau berpuashati dengan info dan penjelasan yang diberikan, terutamanya berkaitan isu lambakan padi dalam tempoh seminggu yang lepas.

“Kebetulan keadaan musim menuai berada di dalam kemuncak dan terdapat sedikit kerosakan teknikal di pihak kilang BERNAS,

“Alhamdulillah kerosakan sudah dapat diperbaiki, dan sekarang kita nampak perjalanan proses penghantaran padi berjalan dengan lancar”, tambah beliau yang amat terharu dengan segala pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh pekerja-pekerja BERNAS demi untuk memenuhi keperluan petani.

Malah, beliau juga berpuashati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan isu pemotongan padi yang menjadi rungutan di kalangan petani.

“SOP (Prosedur Standard) pemotongan padi, terutama dari segi kandungan air, biji muda, kualiti padi dan kerosakan padi, dikira sebagai faktor yang diambil kira untuk menghitung berapa kadar keuntungan”, terang beliau lagi.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu juga telah mengambil beberapa langkah pro-aktif berjumpa dengan pengarah-pengarah jabatan, agensi yang berada di bawah portfolio pertanian iaitu sekitar 32 buah untuk mendapatkan pandangan awal.

Malah katanya lagi beliau juga telah menghubungi Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sallehuddin Ayub untuk mengadakan hubungan ‘G to G’.

“Walaupun Negeri Terengganu kita ini dipimpin parti yang berbeza dengan yang dengan parti yang memerintah kerajaan pusat”,

“Kita mampu langsungkan dalam suasana yang terbaik, insya Allah dan faedah akhirnya akan sampai kepada rakyat”, jelas beliau.