Turki Haramkan ‘Mata Jahat’

427

Pihak berkuasa Islam Turki mengeluarkan fatwa penggunaan ‘mata jahat’ (evil-eye) sebagai azimat atau tangkal ada dilarang dan haram disisi agama.

Penyebaran kaca berwarna biru berbentuk mata semakin meluas di negara itu, membentuk seperti kepercayaan ‘tahyul’ pada kemampuannya untuk menangkis niat jahat atau cemburu.

Fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa ‘Diyanet İşleri Başkanlığı’ baru-baru ini mengecam penggunaan perhiasan itu, yang dikenali masyarakat tempatan sebagai ‘nazarlik’ atau ‘nazar boncugu’.

“Walaupun sifat dan keadaan mata jahat tidak diketahui secara tepat, agama menerima bahawa ia boleh menimbulkan kesan negatif terhadap pegangan dan akidah mereka,” kata Diyanet dalam nasihat yang diterbitkan di laman sesawangnya.

“Dalam agama kita, sikap, tingkah laku dan kepercayaan yang mengaitkan pengaruh utama terhadap apa pun selain Allah dilarang. Atas sebab ini, tidak dibenarkan memakai azimat mata jahat dan benda serupa di leher atau di mana sahaja dengan tujuan memanfaatkannya. ” menurut kenyataan itu.