Tunaikan janji dengan pesawah Jelapang dulu!

664

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/azmanlawatpadisetiu.jpgSETIU – Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim menasihatkan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu supaya menyelesaikan dulu tuntutan dan janjinya kepada peserta Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang, Mukim Hulu Nerus, sebelum bercadang membuka kawasan padi yang baru,

Menurutnya, lebih 20 orang petani yang juga peserta Projek terbabit disini menuntut kerajaan menyelesaikan bayaran gantirugi kepada mereka, berikutan kerugian akibat kecuaian agensi kerajaan.

(Gambar – Dr Azman (baju biru) ketika melawat kawasan Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang tidak lama dulu)

Katanya, pada musim tanaman padi tahun 2009, penanam padi telah memperolehi hasil yang rendah kerana kelewatan pihak berkuasa terdapat membawa masuk jentera menuai padi.

“Sekarang musim orang lancar projek, mungkin kerana pilihanraya sudah hampir, tapi saya nak mengingatkan MB Dato’ Mad Said, sebelum lancar (kawasan padi) hok lain, selesaikan dulu hok (yang) buat doh,

“kes tuntutan penanam padi Jelapang tahun 2009 tak selesai lagi, kerajaan bawa masuk mesin penuai lambat, akibatnya penanam padi rugi,”ujarnya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad yang berkata, kerajaan telah mengenalpasti kawasan seluas 480 hektar di Pengkalan Berangan, Marang untuk diusahakan dengan tanaman padi.

Ahmad turut berjanji akan menyediakan infrastruktur untuk tanaman padi di Pengkalan Berangan dan mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat menyediakan anggaran peruntukan yang diperlukan untuk projek itu.

Sehubungan itu, Dr. Azman menggesa Ahmad mengotakan terlebih dahulu janjinya dengan pesawah di Kampung Jelapang.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/kawasanjanjimdsaid.jpgKatanya, Ahmad ketika melancarkan pembukaan semula tanah sawah di kampung tersebut bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berjanji akan memberi 10 ekar tanah kepada setiap pesawah bagi kawasan baru penanaman padi.

(Gambar kiri – kawasan yang dijanjikan oleh Ahmad said, masih ‘hutan’)

“Ahmad ‘menyohor’ penanaman padi di kampung Jelapang telah berjaya, sedangkan sebenarnya yang telah diusahakan adalah bekas sawah yang pernah diusahakan pada zaman pemerintahan PAS dulu,

“janji nak beri 10 ekar setiap kepada pesawah belum ditunaikan,”jelas Dr. Azman

Sementara itu, wakil pesawah Kampung Jelapang,  Abdul Rahman Awang, 59, ketika dihubungi berkata, hasil tanaman padi mereka pada musim 2009 rendah kerana kelewatan membawa masuk jentera menuai padi

Menurutnya, sebahagian besar padi yang ditanam dituai lewat melebihi 120 hari, bahkan sehingga melepasi 140 hari kerana kelewatan jentera tersebut.

Katanya, kecuaian tersebut adalah disebabkan oleh peranan ketua-ketua blok tidak menyusun jadual penuaian dengan betul

“Banyak padi dituai lewat, khususnya di Blok A sampai (melebihi) 140 hari, padi jadi tumbang dan jentera tidak dapat menuai buah padi dengan rata, orang-orang ketua blok dan kroni-kroni mereka didahulukan,”ujarnya.